Friday, 13 December 2013

~ muhasabah diri


Assalamualaikum w.b.t.

Hola peeps. Apa khabar iman kita hari ini. Diharap sihat selalu. Bukan kesihatan je kita kena jaga ye. Iman pun kena jaga jugak. Hihi ;) Alhamdulillah. Just another day alive. Bersyukur sangat-sangat Allah masih memberikan kita kesempatan untuk hidup. 

Setiap hari kita diuji dengan pelbagai ujian. Keluhan, kemarahan perkara biasa. Tak tuding jari kat orang lah. Aku sendiri pon kadang kadang tumbang dengan emosi sendiri. Kadang kadang kita lupa. Alpa. Begitu banyak nikmat yang diberikan. Tetapi kenapa masih payah mengucapkan syukur. Allah. Dapat sedikit ujian. Hati gusar tak tentu hala. Mengingatkan hal duniawi semata-mata. Hal ukhrawi berciciran entah ke mana. Astaghfirullah.

Ya Allah. Kuatkanlah hati-hati kami. Sesungguhnya Engkau tidak menguji hambaMu lebih dari kemampuannya. 

EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON.
Hikmahnya pasti ada.
Allah sebaik-baik perancang :D






Sunday, 8 December 2013

~ testing


Assalamualaikum w.b.t,

Ni first entry pakai fon. Hihi. Jangan gelakkan aku. Aku tahu aku ni buta sikit guna smart fon bagai ni. Tapi tak pe. Benda boleh belajar. Lama lama pandai lah sendiri. Haha. I happy ni. Oh yeahh. Oklah cukup lah. Nak testing je pun tadi. Haha.

Ok lah. Nak pegi study spp pulak.
XOXO :D


Saturday, 16 November 2013

~ The E.N.D


Assalamualaikum w.b.t,

It was just another entry from me. Dari haritu lagi aku duk cerita pasal nak berpisah dengan kawan-kawan. And today was the day. Hari perpisahan, farewell day. Serius sedih gila. Sampai teresak-esak aku nangis. Hati tisu betul. Aku tak tahu kenapa air mata laju je keluar. Boleh tahan mudah nangis aku ni. Hakhak. Itu maknanya aku betul-betul sayang diaorang lah kan. Hee. Yeah. I love them very much. I hope our friendship will last forever. Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku. Kawan "menggila" aku. 

Lima tahun setengah, banyak betul memori tercipta. Thanks for everything. Sorry for anything. Hidup lima tahun setengah kat IPG  dah ajar aku banyak benda. Aku bersyukur aku ditempatkan di IPGKDRI masa daftar jadi cikgu dulu. Kalau tak mesti aku tak berpeluang kenal dengan kawan-kawan yang ohsem kat sini. Saat paling aku tak boleh lupa masa hari pendaftaran and first pertemuan aku dengan my bestie Atiqah dan Hamiza. Aku ni pelajar second intake je. So, masa mula-mula dulu aku kawan dengan second intake je la. Kuikui. Si Atiqah ni mula-mula aku jumpa dia, dia macam garang je. Punya lah susah nak senyum. Haha. Macam susah je nak approach dia ni. Tapi sekarang, dia dah jadi kawan baik aku. Banyak tolong aku. Kami agak banyak persamaan. Persamaan yang sangat manis bila dikongsi. Jangan sampai suka lelaki yang sama sudah lerr. Haha. ^^

Si miza pulak lain sikit. Orangnya ceria suka senyum. Pandai cari kawan. Dia orang first tegur aku. Nak harapkan aku, aku ni pemalu sikit. Haha. Si budak miza ni dulu sangat suka tidur dalam kelas. Aku pun kengkadang pelik dengan dia. Macam mana lah boleh mengantuk sampai macam tu sekali. Haha. Nak tergelak pun ada kalau ingat balik :P

Ahh. Tapi itu semua cerita lama masa first masuk maktab dulu. Cerita sekarang ialah kami ada sembilan orang semuanya. Semuanya mathematicians. Kami sangat gila dan satu kepala. Ramai yang bertanya macam mana kami hidup 9 orang satu rumah tapi tak pernah gaduh. Entahlah. Tak reti nak jawab soalan tu. Haha Tipu la kalau cakap takde salah faham langsung. Sikit-sikit tu ada la. Tapi pandai-pandai la settle sendiri. Dah besar kan. Masing-masing harus tahu lah macam mana nak jaga hubungan. Yang jadi gaduh tu kadang-kadang sebab batu api atau memang nak cari pasal. Kot? Hahahaha. Bajet tahu je. Kuikui.

Itu semua kenangan di IPGKDRI.


Different places give different people. Aku harap aku jumpa orang-orang baik macam diorang lepas ni. 

Oklah. Tu je untuk entry perpisahan. 
XOXO :D 

Saturday, 9 November 2013

~ Untitled again


Kesabaran ada batas kot. Jangan sampai aku meletup. 
Ok dah. Bye!


Friday, 8 November 2013

~ dan sebenarnya


Assalamualaikum w.b.t.

Hai. Hai. Hai. Sekarang ni I tengah exam. Ni ada gap 5 hari. So, gunalah waktu sebaiknya. Kahkah. Kengkadang aku lalu je kat belog busuk ni. Tapi tak dak idea nak tulis mende. Jadi aku just scroll down tengok-tengok update orang lain. Kalau rajin, baca. Kalau malas, tutup balik. Haha. 

Sebenarnya tadi aku ada bukak pesbuk. Kat news feed tu, kawan-kawan satu batch dah buat ayat sedih nak tinggalkan IPG. Huuu. Aku pun sedih jugak nak tinggalkan IPG. The place, the people here. I'm gonna miss them. Kurang seminggu lagi kat sini. Oh tuhan. Sudah bersediakah aku untuk berpisah dengan mereka yang telah bersamaku suka dan duka selama lima tahun setengah ni. Aku harap lepas dah posting nanti kami masih berjodoh dan boleh contact satu sama lain. Aku ni dah la jenis tak keluar rumah sangat. Kawan-kawan kat sekolah dulu pun memang jarang jumpa. Hukhuk. Sedih dengan diri sendiri. Sobs

Lama kot 5 tahun setengah. Macam-macam kerja gila aku buat dengan kawan-kawan aku kat sini. Kami sangat gila. I mean "gila-gila". Tak pernah nak care orang lain. Daripada panjat pagar playground telltrac, gelak tak tentu hala, usha anak ikan sana sini. Semua kitaorang buat. Wakakaka. Tapi yang usha tu bukan aku yang buat. Kahkah. Tapi itu semua kenangan. Nanti dah tua-tua adalah modal aku nak sengih sorang-sorang. Ngeh3. 

Bila dah habis belajar, kiranya tak lama lagi dah nak jadi guru sebenar. Cuak oii. Tapi takpe. Aku yakin dengan rancangan Yang Maha Kuasa. Allah knows the best for me. Tapi aku harap lah aku tak berjauhan dengan famili. Duk kat tanah Semenanjung pun jadi lah. Takde la rasa haru biru sangat. Kihkih. Senior batch lepas ramai yang dapat Sabah Sarawak. Tapi kalau rezeki aku kat sana. Why not kan. Tapi aku risau dengan umi aku. Dia duk sorang nanti. Adik-adik aku  bakal duk asrama and sambung belajar waktu tu. Aku pernah suruh umi berhenti jadi cikgu and duduk dengan aku. Haha. Gila tak? Pastu dia gelakkan je. Orang serius nii. Tapi dia pun ada komitmen juga kat sini. Tak kan mudah-mudah gitu je nak resign jadi cikgu. 

Oke dah. Adios. XOXO :D. 

Wednesday, 9 October 2013

~ Tak sabar


Assalamualaikum w.b.t,

Sekarang aku tak sabar nak habiskan beberapa perkara dalam hidup aku :-
Mari kita buat list sikit. 

Pertamanya ialah kursus gigi. Bukannya aku tak suka tapi saje je aku ni kan jenis malas nak pegi event-event yang berupa seminar bengkel and watsoeva tuh. Haha. Teruk betul. Tapi part bagi ceramah pasal gigi ni menarik jugak la untuk didengar. Kalau sehari tak ada la aku rasa macam ni. Tapi ni sampai 3 hari. Tetibe je aku rasa tak sabar nak habiskan kursus ni cepat-cepat. Harapnya gigi aku lebih terjaga dan bersih la ye after this kursus. Haha. :P

Keduanya, pasal tesis. Dari tadi duk buat, duk edit. Perasaan berkobar-kobar nak print. Tapi bila dah siap semua. Krik krik krik . Takut pulak nak print. Bukannya apa aku ni kurang keyakinan sikit. Kalau aku sorang ja print nanti kalau salah aku jugak yang susah. So, lagi baik print beramai-ramai. Aku memang dah tak sabar dah nak submit segala benda alah ni. Harapnya dapatlah bagi yang terbaik kan?

Ketiganya, aku memang tak sabar nak balik rumah untuk raya aidiladha. Haha. Waktu tu tesis dah selamat hantar. Memang perkataan tesis dah tak ada dah dalam benak fikiran aku. Hehe. Waaaa. Tak sabarnya. Padahal 2 minggu sekali balik rumah. Tapi yang ni lain. Kakak2 n adik2 semua balik. Tu yang terlebih eksaited sikit. Hihi. Tak sabar tak sabar tak sabar. 

Keempatnya, aku memang tak sabar nak habiskan pengajian. Sebabnya 5 tahun setengah ni dah cukup lama untuk aku. Hahahaha. Malas betul nak belajar. Kawan-kawan aku ada bercita-cita nak sambung belajar master atau phD. Sangat rajin kan mereka. Aku? Tak tahu lah. InsyaAllah bila cita-cita tu ada. Segalanya mungkin. Mana tahu kau jumpa aku 15 tahun akan datang, aku dah bergelar doktor. Fuyyo fuyyo. Hahaha. Sekarang ni tunggu periksa je. Pastu habis. Balik rumah tanam anggur. Hikhik.

Okelah. Daaaa. XOXO. Publish. 


Thursday, 19 September 2013

~ I'm free. Yeah


Assalamualaikum w.b.t,

Fuhh fuhh fuhh. Memang bersawang sangat blog ni. Dah berapa bulan aku tak update apa-apa. Pemalas sungguh cik empunya belog ni. Hihi. Well actually, baru-baru ni kitorang satu batch memang tersangatlah bizi dengan segala esaimen, tesis, dan viva seminar penyelidikan. Haa. Tahu tak viva tu apa? Meh cheq nak habaq. Viva ni  sebenarnya merupakan perkataan Latin yang memabawa maksud  "thesis defence".

Emm. Waktu ni lah yang paling mendebarkan sebab masa pembentangan kita punya kajian, kita akan ditanya dengan pelbagai soalan. So, in order to defense our research kena pandailah jawab soalan-soalan tu. Kalau tak, memang kena hentam kuat-kuat lah kat situ. Hahahaha. Hari tu pun entah pape je aku jawab masa panel penilai tanya. Bantai saje. Yang penting sekali, I'm free. Yeah I'm free. Alhamdulillah, lagi dua bulan tamatlah pengajian aku di IPG ni. Huuu. Tak tahu rasa apa. Gembira plus sedih at the same time. 

Memang lame dah rasenya tak mengarut kat sini. Tengoklah. Last sekali update pasal puasa. Gambar raya pun aku tak update. Isk Isk. Menyedihkan betul. Hahaha. Nahhhh selit gambo raye dua tige keping. Huhu. Bulan Syawal dah habis, bru nak up gambo. Keh keh.

Ni konon pra-raya. Haha

Hari Raya kelima rasenye baru dapat amek gambar family

Over over. Hahaha.

Oke dah habis cerita raya. Hihi. Back to cerita viva. Aku rasa aku sangat kelakar waktu bentang hari tuh. Ada ke patut aku terlupa bagi salinan slaid pembentangan kat panel penilai. Perasan pulak masa dah habis bentang, panel tanya aku "Awak tak ada sediakan salinan slaid eh?". Aku apa lagi gelabah lah cari copy slaid tuh then cepat-cepat bagi kat panel penilai. Tapi macam dah terlambat la sebab sepatutnya mereka tengok salinan mase aku tengah bentang. Huu. Aku rasa satu bilik bentang tuh gelakkan aku. Neves sangat sampai benda penting pun boleh lupa. Haih. Berat nanang. 

Dah selesai bentang, aku pun dihujani dengan pertanyaan-pertanyaan yang agak sentap juga la bagi aku. Tapi standard la, namanya pun dah thesis defence. Defense lah sebaik mungkin. Hihi. Tapi aku rase jawapan aku kurang meyakinkan penilai la. But then, I had done my best. Lantak pi la. Asalkan aku bebas. Nak jadi cerita, semua pembentang bawah penyelia yang sama dengan aku agak kuat jugak la kena hentam hari tu. Huishhh seramm. Dah lah penyelia kitorang tak ada nak back up kitorang. Isk isk. Sedih!! :(

Tapi tak pe lah. Aku redha dengan apa yang berlaku. Pengalaman ni memang aku tak lupa sampai bila-bila. Haha. Orang kata pengalaman mematangkan kita. So, it's time dah la kan untuk aku ubah diri sendiri tengok mana-mana yang boleh diperbaiki dan lakukan perubahan sebaiknya. Hermm. Ni gambar time viva. Satu je pun. Kiki. Credit to photograper la ye. 

Besar kuman je muka yang belakang-belakang tuh. Hihi.

Erm. Tu je lah kot for this comeback. 
Lain kali aku karang benda lain pulak k.
XOXO. PUBLISH !



Tuesday, 16 July 2013

~ Salam Ramadan


Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni dah masuk 7 Ramadan. Tak terlambat lagi kot nak ucap selamat berpuasa buat semua. Semoga Ramadan kali ni bawa seribu makna kepada kita semua. Huhu. lambat sangat update kat blog. Bukannya apa, busy sikit lately. Banyak projek nak kena buat kat sekolah and watsoever. Malas nak cakap. Buat aku rasa STRESS saja. By the way, selamat berpraktikum untuk batch ambilan 2011. Bertabahah junior-juniorku sekalian menghadapi segala dugaan yang mendatang. Hehe.

Perasaan kami yang dah nak abis belajar ni memang sangat teruja. Haha. Ada lagi baki seminggu kat sekolah. I hope everything will be going as planned. Hope Allah will ease everything. InsyaALLAH lagi beberapa bulan akan menamatkan pengajian. Harap tahun depan dapat posting di tempat yang diidamkan. Heee. Ayat gedik,  kalau ada kabel besar takpe jugak. Kui2

Oklah. I busy la uolls. Grr
Wassalam :)


Saturday, 6 July 2013

~ serabut perut

Assalamualaikum,

Satu semester lagi. And everything will be over.  Hermmm, can't wait.

Ya Allah, teguhkan hatiku, ikhlaskan hatiku. Semoga aku sentiasa dilindungimu, 
Permudahkan segalanya bagiku Ya Allah.
Aminn..


Friday, 28 June 2013

~ Untitled 3


Assalamualaikum w.b.t,

Times. 
Come and go. But still, what have we done until now???


It is a QUESTION !!!! 

*Tepuk dada tanya iman*

Wassalam :)


Tuesday, 25 June 2013

~ Pissed off


Assalamualaikum w.b.t,

I have no idea about how it happened. But today my really good mood have been spoiled. Ohhh cheongmal. Really pissed me off. Until now, my mind keep thinking about that. Hesh. Makin difikir makin sakit hati pulak. Grr grr.

Hey awak terrr. Benda lama tak payah duk ungkit sangat laa. Aku pun dah lupa dah pasal benda tu. Disebabkan kau , aku ingat balik kepada kisah lampau yang aku berusaha sedaya upaya nak lupa. Huh. Sakit hati la wey. Serius lama dah kot. Tolonglaa kuburkan kisah tu. Kalau kau tahu pun, tak payah laa nak ungkit-ungkit depan aku atau depan orang lain. Faham ?!

Tak payah la nak over sangat cakap macam kau kenal aku rapat sangat. Kalu setakat tahu seco'et pasal diri aku, kau tak payah nak sembang lebat. Huwargh. Mana nak letak muka ni. Memang la nampak macam takde salah apa yang kau cakap tu . Tapi aku kesah. Sangat! Sampai sekarang pun masih rasa terpukul ni... Huk huk. 

Tapi serius mood aku yang baik-baik bertukar rupa. Hoho. Kalau kau tahu pun pasal kisah tu, please keep it yourself. Tak payah nak sebabkan orang lain curious nak tahu. Serius aku dah tak ada apa-apa, aku dah lupakan kisah bodoh tu. Jangan ingatkan aku balik. Please. Jaebal !! 

Sedih...Ya Allah, tabahkan hati ini
Sorry for this 'emo' post from me. I just need someone to share bout tis :'(


Tuesday, 11 June 2013

~ Fake feelings


Assalamualaikum w.b.t,

Waaaa. Girangnya hati. Tak dapat ku ungkapkan betapa gembiranya menghitung hari-hari nak kahwin opps bertunang  bukak maktab. Huh. Senyum lebar sampai ke telinga masa taep post nih. Hatiku berbunga-bunga mengalahkan musim bunga di obersea. Ngeh3. Exageratting much huh.

Tett Tett Tett
Fake feeling detected. Kwang kwang kwang :P

Waaa. Sebenarnya aku memang malas nak pergi maktab. Kalau boleh nak duduk rumah je. Oii mak cik apa guna hang masuk maktab kalau nak bersenang lenang kat rumah hah. Hermm. Aku dah dapat bayangkan muka ngantuk aku dalam kelas nanti.  Huahaha. Semester akhir merupakan semester yang mem'bizi'kan sebab nanti kami ada internship sebulan kat sekolah untuk siapkan tesis. Lepas tu, kena buat pembentangan tesis pulak. Katanya semester depan ada subjek susah. Oh maiii, nanti waktu exam kena buat betul-betul tak leh main-main, KPM kata tiada jaminan untuk pelatih guru dipostingkan. Sob sob sob. Harap hal-hal posting ni lancar dan tidak bermasalah waktu batch kami keluar. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.

Tapi ada satu perkara buat aku gembira datang maktab. Jumpa kawan-kawan ofkos! Budak rumah sewa aku yang 9 orang tuh bikin gua rindu betul laa. Ngeee. Semester depan dah semester akhir. Pejam celik pejam celik sekejap je setengah tahun tu tambah pulak ngan cuti. Memang sekejap benor la. Aku harap dapat guna waktu yang ada ni enjoy dengan kawan-kawan. Nanti lepas semua dah berpecah, memang susah la nak gather balik semua. Huuu. Sedeh la pulok. Huk alohh.. Foshoo I'm gonna miss them bila da kerja nanti. Huwaaaa. Mana tak sedih, lima tahun setengah hidup bersama mereka. Waktu sedih dengan mereka, waktu suka pun dengan mereka. Harap ukhuwah antara kami berkekalan. Aamin :]

as we go on, we'll remember all the time we had together.....

~YAMASHITA~


Monday, 3 June 2013

~ It's Rubik not Cubic !


Assalamualaikum w.b.t,

Rubik?? Apakah di sebalik nama yang pelik itu? Huhu. Dulu aku tak panggil pun benda ni sebagai rubik . I just called it cubic. Why? Because the shape is cube jadi aku pun bantai je la namanya cubic. Hahah. Ok je kalau nak guna nama tu pun sebab nak menunjukkan bentuk kiub yang comel tuh. Malu aku dibuatnya apabila dengar orang sebut rubik sedangkan aku masih lagi duk sebut cubic. Ngeh3.


*And this is rubik's cube

Rubik ni terdiri dari kotak-kotak kecil yang digabungkan dan terdiri daripada enam warna sesuai dengan sisi sebuah kiub yang mempunyai 6 sisi segiempat sama. Setiap sisi pulak terdapat susunan kotak kecil 3x3 . Kita dikehendaki menyusun warna-warna tersebut supaya setiap sisi pada rubik mempunyai 9 kotak warna yang sama. Dulu masa kecik-kecik sebelum aku tahu nak main rubik ni, aku selalu berlagak dan cakap dalam hati. Senang je main benda tu, susun susun warna sama setiap sisi. Pusing-pusing je lepas tu, SIAP! Huh. Kalau aku kekalkan pemikiran macam tu, memang sampai sudah la aku tak dapat selesaikan rubik tu. Cara nak main dia memang  pusing-pusing je  tapi kena ada teknik yang betul. Salah teknik tak dapatlah nak selesaikan.

Aku berminat dengan rubik ni sebenarnya dah lama tapi tak berpeluang nak main sebab tak ada orang nak ajar. Aku belajar main rubik ni waktu aku masih lagi menginap dekat asrama IPG. Agaknya waktu tu aku baru masuk maktab kot. Entahlah dah tak ingat. Starting-nya jiran sebelah bilik aku sangat suka main benda alah tu, aku tertarik dan minta dia ajar aku. Waktu tu dia selalu  main rubik bentuk kiub dan satu lagi bentuk piramid. Yang piramid tu aku tak reti main sampai sudah.Hee.

Masa tu aku pun belajar la teknik-teknik selesaikan rubik tu daripada Dila, jiran sebelah bilik yang aku cite tadi. Serius aku sangat tekun belajar. Tapi orang lain dua tiga hari dah dapat da. Aku je bantai belajar sampai seminggu. Haha. Aku pun tak ingat kenapa lama sangat aku ambik masa belajar mende alah tu. Tapi kepuasan yang amat dapat dirasai. Sangat bahagia bila dapat je rubik yang bercelaru warnanya dan aku tanpa gentar susun warnanya dengan jayanya. Tak kisah laaa kalau lambat pun kan. Ngeee. At least aku boleh selesaikan. Oh yee, lupa cakap rubik ni banyak jenis ye. Ada 3x3, 4x4, 5x5.. Kalau tak silap laa. Tapi setakat ni, aku belajar yang orang kata beginner je laa, 3x3. Ada jugak dulu aku cuba main yang lainnya tu, tapi teknik dia makin kompleks buat aku pening kepala je. Cukup la dengan 3x3 je. Heee.

Rubik first aku tak beli sendiri, tapi best friend aku yang bagi for my birthday present. Siyes aku suka sangat waktu tuh. Heee. Lepas tu, aku bawak rubik tu balik rumah aku kat Besut. Adik-adik aku tanya aku camne nak main mende alah tu, aku pun ajar la diaorang. Wahhaaa, dua tiga hari je diaorang dah pandai. Pikap plak otak diaorang ni terima apa yang aku ajar. Sekarang diaorang lagi terer kot daripada aku bila main rubik. Laju kot diaorang pusing-pusing rubik tuh. Kejap je dah siap. Aku je yang buat lembab macam siput. Hahah. Lagi satu, rubik ni kalau dah pecah dan berterabur memang susah gila nak susun balik. Alamatnya kena beli baru la. Ngeh3.

Oke dah. Bye people. Salam semua =)


Saturday, 1 June 2013

~ Tukar itu dan ini. Fuhhh


Assalamualaikum w.b.t,

Hahaha. Inilah namanya tak ada kerja cari kerja.  Kalau ada yang perasan semua benda aku tukar. Daripada tajuk blog, background semua sekali aku tukar. Haha. Nak beri nafas baru lah kononnya. Haihh. Kadang-kadang aku lagi memilih untuk melepak dengan blog busuk ni daripada tengok drama korea. Yela kalau da gila marathon cerita korea, naik bosan jugak asyik nengok pelakon kulit putih melepak dengan mata sepet tuh. Tapi mereka sangat kacak dan comel-comel belaka. Huahaha. Sejak bila berjangkit dengan drama korea pun aku tak sedar, mungkin persekitaran kawan-kawan aku kat rumah sewa menyebabkan aku terpengaruh sekali. Huhu. Tapi tak pe. I love it to release tension and reduce my boredom <3 Keh3. Kengkadang ada jugak pinjam komik kawan. Aku pun layan jugak komik ni. Hihihi. Kadang-kadang je la waktu aku tak busy.

Amboi tersasar jauh dari apa yang aku nak cakap ni sebenarnya. Talking about my craziness menukar semua benda kat dalam blog ni. Semuanya sebab aku tak puas hati tengok aku punya belog ni. Buruk je aku nengok. Heheh. Cakap macam sekarang comey sangat je. Wahah. Tapi sekarang tak de la comey mana pun, cuma at least boleh la puaskan hati sendiri. Nak kata popular, berapa kerat je follower aku. Hahaha. Kawan-kawan terdekat je. Aku tak da la macam blogger lain, diaorang semua hebat-hebat. Aku mengarut je banyak. Kah3. Actually, aku malu kat orang-orang yang baca belog ni. Entah pape je aku merepek. Hihi =P


Haa. Tajuk blog yang baru ialah "another sindarela story". Sindarela tuuuu. Erkk.
Eh bukan bukan. Aku bukan sindarela yang kat dalam cite kartun Disney yang kita tengok masa kecik-kecik tu. Aku tidak di dera sama sekali dengan umiku. Haha. Dan aku juga tidak mempunyai adik beradik tiri yang busuk hati. Yang ada cuma adik beradik yang awesome but crazeh jek. huahaha. Sebenarnya.. err. Aku berangan nak jadi sindarela sebab nak jumpa putera raja yang kacak pastu kawen dengan dia pastu live happily ever after. Woahhh. Tinggi angan-angan kau jah. Haha. Mengarut benor. Erk. Tapi kalau jadi kenyataan pun apa salahnya kan. Banyak laaaaa kau. Ni kononnya nak tukar angin je la sebenarnya, tak ada apa pun. Itulah yang namanya tak de kerja cari kerja. Nak sibukkan diri dengan benda yang ngarut ngaban nih. Keh3.

Persepsi diri sentiasa ada maksud sendiri. It will  never change.
 Ini semua POYO. =)

Gud bye people. Salam semua =)


~ Aiyoooo cirit birit lagi


Assalamualaikum w.b.t

Adehhh cirit birit lagi. Bukan sekali. Dalam masa terdekat ni dah dua kali tercirit birit. Ni semua salah makan punya pasal kalau tak sebab beli makanan dari luar. Mesti tak jadi macam ni. Huwaaaa. Sakit tahu tak penyakit neh. Hahahaha. May be it sounds kinda funny when someone says 'Sori weh semalam aku tak datang, aku CIRIT'.  huwarghh. Malu pon ado nak cakap cirit birit. Ngeh2. Tak kata kat orang la, aku pun sama jugak.

Ni nasi bungkus uncle google. Ngeh3.

Alkisahnya terjadi waktu aku jaga nenek aku kat hospital. Ye lah. Makanan mestilah kena beli kat luar. Kadang-kadang ada la umi atau mak cik aku bawakan makanan dari rumah. Tapi hari tu kakak aku bawa nasi bungkus yang dia beli kat kedai area dalam hospital jugak. Waktu tu pulak memang aku lapar dan apa lagi melantak la nasi tu. Petang tu tak rasa pape lagi. Malam tu pun aku tidur dengan lenanya sampai la dekat pukul 2.30 pagi macam tu tetiba perut aku start meragam. Aku syak kalau perut rasa seakan "menggelegak" macam ni  memang cirit la jawabnya. Da mula mengeluarkan bunyi tak sedap dah. Apa lagi berlari la ke toilet macam tak cukup tanah. Waktu tu la rasa cam nak pitam nak muntah nak pengsan semua ada. Masa aku lari tadi pun sempat jugak capai minyak angin. Hahahaha. Agak bijak di situ. Bawak minyak angin terus. Keh3. 

Huarghh. Beberapa kali jugak la masuk keluar toilet. Badan lemah sangat. Aku masuk bilik umi cakap sakit perut. Aku rebahkan badan sebelah dia. Fuhhh. lepas je umi urut-urut badan aku. Rasa lega dah sikit. Aku pun pegi la sambung tido. Tu pun tido dalam keadaan duduk atas sofa. Huh. Esok paginya aku jadi takut-takut nak makan benda bukan-bukan sebab takut perut meragam lagi macam semalam. Ye lah. Kes macam ni ikut nasib juga. Makanan yang kita beli kat kedai tak semestinya semuanya tercemar. Beringat sebelum kena. Kalau tengok lalat-lalat banyak hurung makanan tu better pegi beli makanan tempat lain je lah. Kakak aku pun ade juga makan nasi dari kedai yang sama cuma bungkusan lain tapi dia tak sakit perut pun. Huh. Da nasib badan aku. Sob sob sob ='( 

Perut aku pun da ok sikit. Aku minum teh panas tanpa gula. Katanya mujarab untuk orang yang kena cirit birit. Alhamdulillah sakit ni tak berlanjutan kalau tak semua kerja tak jadi asyik ulang alik toilet je. Lepas ni kena lebih beringat la kalau nak makan atau beli kat kedai luar. Nak selamat masak sendiri. Tapi hidup sebagai seorang pelajar dan orang bujang ni biasalah kalau makan kat luar tu cuma pemilihan tempat tu kot yang penting atau perut aku yang terlebih sensitif ni !!!! Adehhhhh. -.-"

Selamat bercuti dan beristirehat buat semua. Ramai betul yang berkenduri pada hari ni. Buat rakanku Adeq Nooran yang telah sah jadi isteri orang hari ni, diharap sentiasa berbahagia bersama suami tercinta. Maaf sangat-sangat tak dapat pergi walimatul urus disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan. Sob2. Semoga menjadi isteri solehah buat suamimu. Amin Ya Rabbal Alamin.

Beringat sebelum kena. Bye frenzy!!



Monday, 22 April 2013

~ Time flies , memory stays...


Assalamualaikum w.b.t,

Hai hai hai silent readers. Huhuhu. Tanggal 18 April 2013, tamatlah sudah praktikum fasa ketiga selama 3 bulan di SK Losong, Kuala Terengganu. Banyak perkara saya belajar, banyak orang saya jumpa, banyak juga ragam yang saya perlu tangani. Well, pengalaman mematangkan kita. Betoi dak?? Hihi. Ah tak kisahlaaa, janji dah habis praktikum. Saya rasa bebas!!! Hoorayyy!! I'm freee.... XD

Buat murid-murid SK Losong yang tersayang, cikgu sayang korang sangat-sangat. Huhu. Jumpa cikgu nanti bulan 8 okei? untuk internship pulak. Nanti cikgu sambung buat tesis kat sekolah awak-awak lagi. See you soon. Banyak betul memori bersama murid dengan cikgu-cikgu SK Losong. Mereka sangat friendly dan kelakar. Rasa rindu pulak nak bergosip dan borak-borak dengan diorang. Huuuu. ='(

Ingat lagi waktu hari terakhir masuk kelas, masing-masing gila bergambar. Telefon cikgu dah hilang kena bawak lari. Naik heran juga saya, budak-budak pendiam pun sama naik nak masuk gambar jugak. Terkejut I tengok gelagat bebudak nih. Lantak korang la. Huh -.-"

Murid tahun 2 Taqwa pun sama jugak, suka bergambar. Agaknya budak-budak ni memang suka kot gambar diaorang ni di'snap'. Haih. Macam-macam. Actually, agak tak sangka bebudak ni sayang jugak kat teacher yang "bekeng" nih. Bila cakap je dah nak balik maktab, semua dah sedih, padahal tiap kali masuk kelas mesti diaorang kena marah dulu. Ada je yang tak kena. Nak wat guane, diaorang nakal + bising sangat, memang kena marah lah kan. Sepanjang 3 kali praktikum, kelas ni la paling susah saya nak handle. Allah je yang tahu perasaan tu. Huhuuhu. 

Murid tahun 3 Taqwa paling tak memberi masalah. Mereka sangat berminat nak belajar. Bagus. Keep it up kids !!! Murid tahun 5 Amanah pulak, berminat nak belajar tapi bising melampau pulak waktu saya mengajar. Memang menguji kesabaran tapi kelas ni la juga penghibur hati. Buat kelakar sampai saya sendiri pun tak tahan nak gelak sekali. Hihihiihi. ^^ Fuuu, rindu !!!!


Ok tutup buku pasal praktikum. Bukak cerita lain jap. Hehe =P

Guess what ?!! Tadi saya baru lepas tengok recording "Muzika Raya" anjuran RTM Terengganu. Huhu. Ada Zamani Slam dengan Lan and the Typewriter tuuu. Hahaha. Tak berkelip tengok dia. Comel sangat. Keh3. Ni cuma rakaman, waktu Raya nanti baru siar la kot. Bangga la jugak coz pihak RTM dah pilih my beloved IPGKDRI jadi tempat diaorang semua bertandang. Hihi. Erm erm erm. Eh Zamani dengan Lan tu memang comel betul laa. Tak tipu. Ekekeke. Kalau bab meng'usha' orang memang nombor satu. Sorryyyy, that's really my habit. Can't help with it !!!!! Hahahahaha ^^


# Off to bed. Esok kuliah. No more school. Hihi :D


Wednesday, 27 March 2013

~ "Serangan Jantung"


Assalamualaikum w.b.t,


Now Playing ........ :]

You make me glow, but I cover up, 

Won't let it show, 

So I'm puttin' my defences up,

'Cause I don't wanna fall in love.

If I ever did that,

I think I'd have a heart attack !!!!!!

************

# Heart Attack - Demi Lovato 

Dub Dub Dub <3


Saturday, 23 March 2013

~ Good morning cikgu !


Assalamualaikum wbt,

Hola peeps. Rasanya dah lama tak menghapdate blogku yang comey laaa sangat ni. Kih3. By the way I'm quite busy recently. Practicum, proposal , camping and what so ever lah. Huhu. Sangat banyak lagi kerja yang masih tertunggak. So, memandangkan sekarang ni cuti, saje je godek2 blog sendiri buang segala sawang-sawang yang ada kat sini. Hewhew :]

Well, dah 2 bulan lebih saya berpraktikum di SK Losong. Banyak juga pengalaman yang saya dapat dalam masa 2 bulan lebih ni. And frankly I say, this time is quite challenging for me to finish up my practicum. Hope that I can do well. 3 bulan ni terasa amat lama nak melayan karenah bebudak yang kengkadang buat hal tak tentu pasal dan saya pulak mula lah jadi singa betina dalam kelas. Teriak terlolong macam orang gila. 

Apakan daya tugas guru sememangnya begitu. Then, I should get used to all those things. Biasa lah kan, bukan selalu dapat bebudak yang baik dan tak nakal. It's depend on how you to settle it.

Tapi tapi tapi. Semua kelas yang saya dapat semuanya jeng-jeng-jeng budaknya. Huii. Memang mencabar emosi dan mental betul laa. Hihi. Masih lagi tak menemui jalan keluar untuk menyelamatkan budak-budak ni. Especially tahun 2 dan 5. Waaa, these classes aaa really make me naik darah kaw-kaw punye. 

Tapi ye lah nakal-nakal pun ada jugak masa-masa mereka hiburkan hati ni. Huhu. I love you kids. Sejuk hati sekejap je ok! Lepas tu, saya melalak lagi sebab diaorang bising. Hahaha XD

Bila masuk bilik guru pulak. Terlintas jugak kat dalam kotak kepala fikiran saya "Boleh ke aku jadi cikgu ni ?". Apa taknya melihatkan guru-guru lama dalam bilik guru tu buat saya cuak je. They got so many things to do. Isi borang penilaian online here and there, kelas tambahan, latih sukan, bercerita, action songs, syair dan bla bla bla. Folder-folder tak payah cakap la. Memang banyak bersusun kat atas meja. Fuhhh.

Wah, mereka sangat hebat. Serius-tak-tipu-jujur-dari-hati. Siapa yang cakap jadi cikgu ni senang, diaorang memang silap besar. Kalau rasa macam senang sangat, meh la saya jemput kalian-kalian semua mengajar kat sekolah. Nak tengok sikit tang mana yang mudah sangat tuh. Huhu. 

Kat bawah ni ada sedikit pics waktu camping hari tuh. Tengok ler kalau sudi. 
Hakhak =P

Apabila scout memasak

Sedappp uhhh

Ittadakimasu !

Jemput makan ....

Macam macam gaya. Hehe.

9 hari tolak 2 hari. Tinggal 7 hari lagi cuti. Cepatnya la hai masa berlalu. Got 3 weeks more after holidays. Do the best piqah !! You can do it. YOSH !!! =D


# Off to bed. Salam semua :]




Thursday, 14 February 2013

~ Comforting others


Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni saya tahu betapa pentingnya "comforting others". Alamak. Maaf di atas bahasa rojak yang digunakan. Err tak dapat fikir perkataan bahasa melayu yang sebetulnya. Lalalala. Hihi. Sedapkan hati bukan hanya dari segi memberi pujian atau mengeluarkan kata-kata yang baik. Tapi juga memberi keselesaan dan kelegaan kepada seseorang yang berada dalam kesedihan atau kerisauan. Waktu-waktu cenggini la empati tu penting.

For those who really need someone to comfort them, some good words really can make them feel kind of relief from something. So, comforting the others is very very important okay?! When someone who probably have no sense of comforting others, they might say words that hurting. Yeah, it's right if you say "Hermm.. sorry, I didn't born to please you". It's not that every time we speak, we should please the others but look at what situation they are in. 


When they are in grief or anxiety, say something that can comfort them. As simple as that. Kengkadang masalah yang kecil pun, kalau tak kena gaya cakap boleh jadi down satu hari. Huhu. So, watch your words. Saya sendiri bukan jenis yang nak kena sedapkan hati sendiri setiap masa. Tak betul la kan. Asyik nak kena jaga hati dia je. Manyak cantekkk laaa muka kau! Haha :D

Frankly I say, sometimes I really need someone to comfort me especially when I'm feeling anxious of something. "It's okay, tak ada apa-apa la" pun dah cukup nak hilangkan sedikit perasaan risau tu. Tapi kalau saya sedih better jangan pujuk or datang dekat, nanti gua nangis. Layan je perasaan sedih tu sorang-sorang , nanti dia baik sendiri. Haha. Cengeng much :P

Mungkin hari ini saya agak sensitif. Dua patah perkataan tu mampu membuatkan hati ni sedikit terguris. Dah la tengah risau + nervous masa tu. Bikin saya sedih je :'[  Huuuu. Abaikan abaikan. Tak salahkan sesiapa pun. Mungkin mood tak sihat kot hari ni. Lalalala. 

# I wish to be someone who can comfort the others. Always :]

Putih-putih melati , merah-merah delima, 
Siapa yang baik hati , pasti ku terima...

Off to bed. Salam semua :D


Tuesday, 29 January 2013

~ kusut + musut + serabut = ribut !!


Assalamualaikum w.b.t,

Arghhh. Ommo. Ommo. Tolong tolong tolong. Ok. Tarik nafas. Fuhhhhhhh. 
Apa yang kusut? Apa yang serabut? Yang kusutnya saya dah ketandusan idea-idea menarik nak mengajar nih. Tambah pulak dengan tajuk Action Research yang belum kutemui dan assignment Bimbingan dan Kaunseling yang rasanya dah karam kat Laut China Selatan kot. Keh3. Apa taknya soalan pun tak tengok betul-betul lagi hari tuh. Masa taklimat kemain ber "potpet". Hehe. Puan Siti yang cute jangan marah saya. 
Keh3 :P

Sangat banyak benda yang perlu diselesaikan, saya boleh pulak layan duk relak je. Ngeeeee. Sangat stress bila orang sebut A.R. Kalau nak cakap pasal AR pergi main jauh-jauh. Waaa. Tak mau dengar. Benda tu bikin saya stress betoi laa. Haihhh. Siapa-siapa yang baik hati ada tak nak derma tajuk atau masalah yang nak dikaji. Huwaa. ='[

Yang lagi mengusutkan kepala, nak kena mengajar murid lemah. Memang betul-betul kena minimumkan speed pengajaran dalam kelas. Arahan mudah pun diaorang tak boleh nak faham sangat. So, saya kena usaha lebih daripada biasa untuk memahamkan bebudak kecik intan payung pengarang jantung ni. Heh. Tapi masalahnya tak dok idea laaa haiiii. Guane ni?? Kena berguru dengan guru cemerlang la nampak gayanya. wek2.

Haaa. Satu lagi yang juga mengusutkan kepala ialah nak ajar minor English. Adoiiyaii. Tak reti la nak cakap omputeh sangat nih. Thank God dapat tahun dua. Level tak tinggi. Kalau kena ajar tahun 4 atau 5, naya jugak. Hihi. Kita tersasul sebut pun diaorang perasan. Nanti malu la pulak aih, cikgu English salah pronounce. Kalau ajar tahun 2, saya kena lebih kreatif lah nampaknya. Pandai main ekspresi muka, gestures, body languange bla bla bla. Err. Ok kot. Huh. Debar pulak. Macam mana la gamaknya  bebudak tahun dua nih ? Don't be naughty little kids !! Please !! -.-"

The awkward moment when I want to speak English but the word I want to say did not come out and finally it's STUCKED. Arghhh. Andwae andwae. No no. Harap semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. Amin :]

errk.sabo je laaa heyyy.
sumber : uncle google

Oke dah habis mengusutkan kepala sendiri. Hehe. 
Sekian terima kasih. 
Salam semua :]


Tuesday, 15 January 2013

~ Kesihatan : Ulser dalam mulut


Assalamualaikum w.b.t,

Wah. Ilmiah betul tajuk entry. Hak2. Rasanya setiap orang mesti pernah menghidap mata ikan atau lompangan atau dalam bahasa saintifiknya ulser mulut. Actually, sekarang ni saya tengah menderita gara-gara ulser kat lidah. Tergigit lidah punya pasal. Sakit wooo. Sumpah-tak-tipu. Hehe.

Biasanya ulser mulut ni terjadi kerana jangkitan bakteria dalam mulut. Tapi itu bukan satu-satunya sebab ulser terjadi. Kecederaan fizikal pesakit seperti tergigit pipi, bibir dan lidah juga boleh sebabkan ulser mulut. So, bagi sesiapa yang ada tabiat makan gelojoh tu, mohon banyakkan bersabar masa makan. Jangan duk gelojoh sangat, nanti mulalah tergigit itu ini, tercucuk tulang dan sebagainya. Hermm, semua tu penyebab utama ulser mulut. So, kena hati-hati lah sikit waktu makan tu.

Ulser juga boleh timbul kerana kekurangan zat makanan , tekanan , kurang rehat dan keadaan mulut yang kotor. Ulser juga sebenarnya merupakan tindak balas jangkitan bakteria. So, pandai-pandai lah jaga kesihatan oral anda ye kawan-kawan. 

Jangan bimbang !! 

Ulser mulut merupakan penyakit tidak berjangkit dan biasanya akan sembuh dengan sendirinya. Kalau nak cepat baik, orang cakap letak garam. Tapi kena sabar sikit sebab sakit gila masa letak garam tu. Saya pun tak berani buat kalau kena ulser. Biasa letak krim "Bonjela" jeee.


Ulser biasanya berwarna putih dan berbentuk lompang di bibir, pipi mahupun mulut. Fuuu, rasa sakit yang amat masa nak menguyah makanan dan telan air liur. Huuuu. Kengkadang rasa macam kurang selera makan sebab ada ulser dalam mulut. Sesiapa yang pernah hidapi ulser akan faham apa yang saya duk melalut nih. Hahaha. Memang perit sangat bila ulser tu terkena makanan yang kita makan. Haaa. Satu lagi. Ulser juga menyebabkan gangguan semasa bertutur. So, akan jadi sedikit pendiam sebab nak cakap pun tak ada mood. Hehe :P

Ada beberapa cara nak hilangkan ulser. . .

1) Perbanyakkan minum air suam.
2) Berehat dengan tidur yang cukup.
3) Amalkan tabiat menjaga kesihatan dan kebersihan mulut dan gigi.
4) Mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat.
5) Elakkan makan secara tergopoh-gapah untuk mengurangkan risiko kecederaan fizikal mulut.
6) Letakkan ais pada tempat ulser untuk legakan sakit.
7) Letak garam atau asam keping pada ulser [petua kampung].

The most important thing is :- 
Kalau ulser dalam mulut tak sembuh-sembuh jugak, silalah segera berjumpa dengan doktor gigi. Ulser yang lambat sembuh mungkin tanda-tanda awal barah mulut.
Awas !!! Mind yourself with this advice !!

I'm your doctor today. Hee. XOXOD. Publish :P
 # jangkit.dian.istanbul.aku.datang.hehe.


Wednesday, 9 January 2013

~ behind the names ????


Assalamualaikum w.b.t,

Godek-godek facebook jumpa benda alah ni. Kind of interesting.
Just wanna share with you guys. Hehehe ^^

BMW : Brings Me Woman
LEXUS : Luxury Exports to United States
FORD : For Only Romatic Drivers
HYUNDAI : Hope You Understand Nothing's Drivable And Inexpensive
VOLVO : Very Odd Looking Vehicular Object
PORSCHE : Proof Of Rich Spoiled Children Having Everything
KIA : Kills In Accidents
TOYOTA : The One You Only Trusts Always 

Herm. From all of the above, I would like ......
TOYOTA - The One You Only Trusts Always. 
Ececece. Hihi :]


Tapi sebenarnya aku sangat tergilakan SUZUKI SWIFT kaler putih. Aww. Sporty gitu. I loike !! Entah bila baru dapat beli pun tak tahu. Hahaha. Berangan je lebih. Kui3. Tapi InsyaALLAH kalau ada rezeki lebih, kereta ni akan jadi milik aku jugak. Huahaha XD

Ok bebeh. XOXOD. Publish. Bye ^^


Wednesday, 2 January 2013

~ Ahlan Wasahlan 2013 :]


Assalamualaikum w.b.t,


Ahlan wasahlan tahun 2013 . .  Selamat tinggal 2012 . . 

Banyak suka duka yang telah ditempuhi sepanjang tahun lepas dan semoga ia dapat menjadi pengalaman terindah dan dapat mematangkan diri ni. Ok. Maknanya umur saya dah nak dekat 23 tahun la ye. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Rasanya baru semalam je aku dilahirkan ke dunia ni. Ok ayat tu sangat over. Ngeh3. :P Hey, sedar diri tu sikit. Dah tua dah, jangan duk berlagak muda lagi. Huh. Syukur alhamdulillah masih lagi bernafas dan masih dapat meneruskan hidup. Suka duka 2012 insyaAllah tidak akan dilupakan. 

New year 2013, please be nice to me. May Allah ease everything. Amin :]

Azam tahun baru?? Hermm. Biarlah rahsia. Homhomhom. Ngada- ngada nak berahsia padahal tak fikir lagi azam tahun ni. Hahahaha. Foshooo, it's gonna be tough this year. Final year.Waaa. Takutnya. Bahangnya kian terasa. Sangat banyak benda yang harus diselesaikan tahun ni. Salah satu nya, isi borang posting. Ish ish. Nanti mesti pening nak isi negeri mana. Haiyakkkk. Chill chill. Heh. Lambat lagi tu. *Ayat sedapkan hati. 

Praktikum 3 bulan menunggu. SK Losong, I'm cominggg for yaa kids. Jangan takut-takut ok. Teacher ni baik sangat. Tak garang pun. Wekkk. Naik lift tekan sendiri. Hahaha. Then, nak kena siapkan proposal lagi time praktikum tuh.  Memang serabut la nanti kan. So, sementara ada masa sebelum praktikum ni, saya mahu enjoy je. Hoyeah.

Ermm. Tukar topik lain jap. Berita hangat. Anak manja umi dah duduk asrama. Huuu. Everything by himself. Haha. Hesh budak tu, buat kakak ni risau aje. Tak pernah berdikari lah katakan. Tup tup duduk asrama. Hope everything will be fine for him. Semoga adik jadi lebih matang. Heee. :]

Ok lah got to go. Nak tengok cerita korea. Lalalala. 
Assalamualaikum semua :D