Friday, 29 June 2012

~ Bangga ^^

Assalamualaikum,

Kekeke. Siapa sangka?! 
Walaupun berperwatakan gila-gila, budak senget aka ADIK telah terpilih menjadi solo dalam pertandingan nasyid sekolah. Huhu. Untunglaa suara sedap. Baru-baru ni, kumpulan nasyid yang disertai beliau telah layak ke peringkat kebangsaan mewakili negeri Terengganu. Meskipun tak menang, adik tetap dapat harumkan nama sekolah. Adik tetap hebat dan juara di hati kami :] Tahniah lah dik sebab dah berjaya sampai ke tahap ni. Kak cik bangga. Hehe. ^^





That's all. Adi0s pe0ple.

p/s : Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Woha ^^


~ Cinta HIGH class :)


Assalamualaikum,

Aikk. Cinta pun ada high low class jugak ke? Mestilah. Ngeh2. Aii, macam banyak pengalaman je dalam bercinta. Haha. Actually, beberapa hari lepas saya ada baca novel pasal kisah "Cinta High Class" karya Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi. Huuu. Ceritanya sangat sweet dan comel. Biasanya semua benda or barang yang high class adalah sangat mahal dan susah nak dapat kan. Begitu juga cinta yang high class. Namun begitu, semua orang berhak mengecapi cinta high class. Cuma nak dengan tak nak je?  Hoho.



Apa itu cinta high class? Herm. Cinta yang mendaulatkan Allah, cinta kerana Allah dan bermujahadah dari manahan nafsu. Itulah maksud cinta high class. Rasanya maksud tu dah jelas kan. Tak payah nak terang lagi kot. Hehe. Ingin mencintai dan dicintai adalah lumrah. Tipulah kalau tak ada perasaan tu kan. Err. Saya juga ingin berkongsi beberapa tips untuk mendapatkan cinta high class. Ini semua saya dapat dari pembacaan novel yang diperkatakan tadi. :]

1) Berjaya menahan diri daripada nafsu. Saat menahan itu indah :]
2) Sentiasa menjaga maruah diri dan ibu bapa.
3) Tidak berhubung dengan mana-mana lelaki untuk tujuan yang tidak jelas. Cth :- Mula-mula mesej tanya kerja, then mesej benda yang karut marut dan tidak jelas isi dan tujuannya.
4) Tidak memanjakan suara dalam telefon. Huh. Bahaya. Bahaya.
5) Berhubung melalui ibu bapa semasa proses perkenalan. ^^
6) Tegas dan tidak mudah terpedaya dengan pujuk rayu lelaki. 

Huhu. Ini sahaja yang dapat saya kongsikan :) 
Adi0S !!



p/s : baca lah novel ni. best. hehe ^^



Monday, 25 June 2012

~ Dulu dan sekarang


Assalamualaikum,

Kalau ingat balik masa muda-muda dulu memang kelakar. Masa kecik-kecik, best friend saya kat rumah ialah kami 3 beradik. Kak long, kak ngah dan saya (kak chik). Huhu. Masa tu adik-adik yang lain belum lahir lagi. Jadi kitaorang bertiga memang sangat rapat. Dulu, kitaorang sangat suka main. Banyak benda kitaorang main ; main masak-masak, main cikgu-cikgu, main susun kusyen, main doktor-doktor, main tiang, teng teng, main getah dan bla bla bla. Banyak lah. Huh. Permainan kitaorang tak lasak sebab kami semuanya perempuan lagipun tak ada geng lelaki. Heh. 

Main susun kusyen paling kelakar. Buat jalan guna kusyen. Lepas tu, main pijak-pijak kat atas tu. Ish.Ish. Sampai lembik itu kusyen. Lepas tu, buat khemah dan berkelah pulak kat bawah tu. Memang kusyen kerusi tu selalu ada kat atas lantai. Hehe. Kesian Cik Su (Ibu saudara @ pengasuh) selalu kena kemas balik. Cik Su ialah ibu kedua bagi kami adik beradik. Beliau lah yang jaga kami bila umi pergi mengajar. 

Tapi itu dulu. Sekarang mana ada dah nak main-main benda tu lagi. Sekarang, budak-budak suka main game dalam laptop, main PS, barbie doll ,err baby alive err macam-macam lah... Zaman dah berubah and I realise that. Apa tak nya. Buka mata dah ada komputer, telefon, mainan yang canggih manggih. Untunglahh. :] 

:: TADIKA :: 
Tadika dulu sekali dengan kak ngah sebab beza umur kami setahun je. Masa dekat tadika selalu kena marah dengan kak ngah sebab tak buat kerja yang cikgu suruh. Nasib baik la kak ngah baik dan tolong buatkan. Ish Ish. Tak patut tak patut. Memang pemalas nak buat kerja. Kalau cikgu bagi kerja dalam kelas pun, dia yang buatkan. Kak ngah selalu cakap saya ni pemalas masa tadika dulu. Kesian kak ngah dapat adik pemalas. Haha. Tapi sekarang saya dah rajin ok! wek2 :P

:: Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud :: 
Masa sekolah rendah pun kelakar kalau ingat balik. Hesh. Malu2. Dulu cikgu buat pop kuiz. Tak dapat jawab. NANGIS. Cengeng punya budak. Buat malu je. Kak ngah juga yang pujuk. :P Saya sangat takutkan doktor gigi. Pernah ada sekali nak tendang doktor gigi sebab takut sangat. Haha. Maaf lah doktor gigi, saya budak kecik lagi waktu tu. Saya tak dapat nak berfikir dengan betul masa tu. Bila dah masuk darjah 2, saya dah jadi bijok sikit. Tahu la nak beza kepala ekor. Ngeh2. Dah besar kan. Dah pandai buat kerja sekolah sendiri. Bangga2. Hak2.

:: Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud :: 
Banyak juga kenangan manis masa dekat sekolah menengah. Saya belajar banyak tentang kehidupan. Big thanks to cikgu-cikgu dan kawan-kawan yang banyak bagi tunjuk ajar dekat saya. Tapi sekarang, kami dah berpisah mengikut haluan masing-masing. Cikgu masa sekolah menengah pun dah ramai yang bertukar ke sekolah lain. Tapi, kami selalu juga buat reunion. Jadi, tak adalah lost contact terus kan. Waaa. Rindunya kat mereka. Kalau jumpa balik, memang banyak modal nak bercerita. Bila dah tua-tua ni, rindu sangat masa sekolah-sekolah dulu. Ngeh2.

:: IPGKDRI :: 
And now, saya berada di sini. Bersama kawan-kawan yang saya sayangi. Kawan yang dapat menerima saya seadanya. Memang kehidupan kat IPG banyak memberi kenangan kepada saya. Pahit mahupun manis, ia tetap kenangan yang sangat bermakna. Saya harus menghargai setiap detik bersama supaya lebih banyak kenangan dapat dicipta untuk diingati. Huwaa. Hujung tahun depan, kami akan berpisah. Di'posting'kan di tempat yang berasingan. Sedihnya nak berpisah dengan kawan-kawan dekat sini. Huu. 


As we go on, we remember all the times we had together,
And as our lives change, come whatever,
 We will still be Friends Forever....

That's all. Adi0s people !!

p/s: semoga hari esok lebih baik daripada hari ini. Tom0rr0w never die  <",)


Saturday, 23 June 2012

~ Praktikum


Assalamualaikum,

Wuwowaaaa. Bosan tahap gaban dah ni. Tak tahu nak buat apa. Buka facebook pun tak ada apa-apa yang menarik. Heh. Itulah manusia. Bila busy merungut. Bila free pun merungut. Hehe. Bersyukur la sikit. Orang lain tak cukup masa nak kena kejar sehari-hari sampaikan tak ada masa nak berehat. Consider je ni sebagai waktu rehat. Nanti akan busy dengan assignments yang melambak dan praktikum pulak kan.Hee. 


Sebut pasal praktikum, rasa seram pulak. Huhu. Sekolah praktikum pun dah dapat. Erm. Dapat Sekolah Kebangsaan Gelugor. Tak tahulah ok ke tak sekolah ni. Harap-harap ok sebab kawan kelas ada yang praktikum kat sekolah ni semester lepas. Dia cakap sekolah ni bagus dan cikgu-cikgu kat situ semuanya best2. Harap-harap macam tu la. Keh2 :) Lagi sebulan dah nak praktikum. Waaa. Dah tak lama dah. Malasnya nak buat ABM tiap-tiap hari. Tambah pula cuak nak kena diselia pensyarah dan guru pembimbing. Dah la saya ni jenis yang cepat nervous. Ekeke :]

Tapi dah ada sedikit pengalaman masa praktikum 1. So, penambahbaikan harus dilakukan supaya pengajaran menjadi lebih baik. Cewahh. Fighting! :D Praktikum kali ni jatuh pada bulan puasa. Mungkin penat la sikit berbanding praktikum sebelumnya. Huhu. Harap semuanya dipermudahkan olehNYA. Amin :)


p/s : I have to be mentally and physically prepared for the next practicum. ^^,

Adi0s !!


Wednesday, 20 June 2012

~ Lagi-lagi bola -.-"


Assalamualaikum,

Huhu. Entry kali ni pasal bola. Hahaha. Oit3, hang tau ka tengok bola?! Huhu. Saya tahu bola sepak. Bola sepak itu bulat. Err. err. Ohh, senang je tengok bola. Masuk gol jerit lah. GOAL!!! Haha. Actually, saya tak tahu apa-apa pasal bola. Maaf lah ye. Huhu. Classmates lelaki sangat mencintai bola sepak. Huh. Kengkadang mereka ter'skip' kelas sebab tengok bola. Ish. Ish. Hebat betul pengaruh bola nih terhadap mereka. Huh. Dah minat mereka, nak buat macam mana kan. Sekarang ni pula musim EURO 2012. Match pulak waktu pagi, mesti tidur lambat kan. Pandai-pandailah korang bangun awal pergi kuliah ye.
Huahua. :D


Herm. Tak tahulah berapa kerat je pemain bola sepak dunia yang saya kenal. Itu pun tersasul -sasul nak sebut -.-" Ngeh2. Bagi mereka yang sangat menyukai bola sepak, mesti dah boleh kenal semua pemain handalan bola sepak dunia kan. Hehe. Biasanya, hanya akan tengok match yang melibatkan team Malaysia ataupun match Kelantan dan Terengganu je. Yang lain tak layan sebab tak ada kaitan dengan saya. Huahahaha. Itu pun pandai tengok skor gol je. Hehe. Peraturan?? Haa. Lagi la tak tahu. Kah3.

Herm. It's kind of weird when boys don't like football. Betul ke? Mostly, boys really do love football kan? Tapi bukan semua. Ada je yang tak suka bola. Tak pelik pun because it's depend on that particular person. Hormati minat orang lain. Jangan la pula sebab dia tak minat bola, panggil dia kaki bangku. Mungkin dia tak suka sukan kaki ke. Mana kita tahu kan. Hehe. :) Mungkin dia ada bakat lain yang lebih baik. :D 

Fenomena sukan bola sepak memberi pengaruh yang sangat besar. Peminat bola sepak pun tersangatlah ramai. Budak-budak kecik sekarang pun dah pandai tengok bola. Kaum wanita yang meminati bola pun dah makin ramai. Heh. It's okay nak minat bola. Tak salah pun asalkan tak buat perkara yang tak betul seperti bertaruh or nak ikut budaya negatif pemain bola sepak pujaan. Jangan lah terlalu fanatik sampai tanggungjawab lain pun terabai. Solat jangan dilupa ^^. Tak sembahyang subuh sebab bangun lewat tengok bola. Hoh. Ini memang tidak patut lah kan.


Actually, tak terfikir pun nak buat entri pasal bola nih. It's only because sekarang ni musim EURO 2012. Bola sepak dah jadi tajuk utama. 


It is only my percepti0n. ADIOs !

p/s : Majulah sukan untuk negara *erkk. ada kaitan ke?!


Tuesday, 19 June 2012

~ It's PENCURI again !!


Assalamualaikum,

Erm, semalam telah berlaku sesuatu yang buruk kat rumah sewa. Huu. Nak dijadikan cerita, saya dapat panggilan daripada housemate saya sebab nak suruh bukakan pintu untuk dia. Dia terlupa bawakan kunci. Saya yang tidur agak lambat pada malamnya macam liat juga nak angkat panggilan dari dia tapi angkat juga la. Huhu. Ngantuk punya pasal. Then, dia cakap dia dah nak sampai dan minta tolong bukakan pintu. Saya bangun dalam keadaan mamai mencari-cari kunci dalam beg. Herm, lepas tu keluar bilik. Woahhhh...


Terkejut besar sebab pintu depan terbuka. Lepas tu, boleh pula terfikir, housemate ni suruh saya buka pintu ke tutup pintu. Haha. Lawak2. Lepas tu, sempat lagi check luar rumah takut-takut kawan dah sampai and dah buka pintu sendiri. Huh. Tapi tak ada pun orangnya. Tengok dekat tingkap ada pengait pula. Hesh, apa ni?! Herm, baru terfikir ada orang dah pecah masuk rumah. Dia kait selak pintu guna pengait. Bijok betul dia buat kerja sebab kitaorang tak dengar apa-apa pun. Heh. Tidur mati agaknya. Lepas tu, masuk bilik kejut kawan yang lain. Tak lama lepas tu, housemate pun sampai dengan teksi. Masing-masing check barang-barang. Hilang sebiji laptop, sebiji handset dan satu beg tangan. Dah banyak kali dah pencuri tu curi barang tapi biasanya pakai pengait and then kait ikut tingkap. Tapi yang kali ni memang dah serius sebab dah boleh pecah masuk rumah and masuk bilik ambil laptop dengan handphone. 

Hesh, jahat betul la manusia sekarang nih. Tapi kecuaian kitaorang juga sebab terlupa kunci graille pintu depan. Tapi biasanya memang tak pernah lupa kunci pintu graille. Kenapa la boleh cuai pulak semalam? Bila dah jadi macam ni, seram pula bila teringat keluar rumah sorang-sorang masa first nampak pintu terbuka. Hoho. Mamai sangat kot. Kah3. Tapi kesian dekat kawan yang dah hilang laptop dengan hanphone tu. Area kawasan rumah sewa kitaorang tu memang kawasan "black area". Memang dah selalu sangat kecurian berlaku. 

Hey, pencuri ! Tolong la bertaubat. Huuuu. Banyak la kau jana dosa kat dunia ni. Ishh. Moga pencuri tu diberi hidayah. Terima kasih juga kepada pak cik-pak cik polis dan pak cik-pak cik forensik yang datang rumah cari bahan bukti. Nasib baik polis dah mula buat rondaan kat kawasan rumah. Jadi, tak adalah takut sangat. Harap sangat pencuri tu dapat diberkas secepat mungkin. Memang tak tenang duduk dalam rumah mengingatkan pencuri tu masih bebas dan boleh cuba pecah masuk lagi bila-bila masa je. 


~ ~Memang rasa sangat takut bila hari malam. Huwaaa... :'(


Saturday, 16 June 2012

~ Bermulalah kisah....


Assalamualaikum,

Bermulalah kisah kehidupan untuk pelajar PISMP Matematik bagi semester 6 yang bakal bermula. Semoga semester 6 yang bakal ditempuh akan menjadikan diri ini lebih baik dan lebih matang. Result semester lepas pun dah keluar. Let it be. Huwaaa. Aku harus melangkah maju ke hadapan namun perlu juga menoleh ke belakang untuk mengambil iktibar dari pengalaman-pengalaman lalu. Mungkin lebih banyak ranjau dan dugaan yang menanti. Semester 6, please be nice to me ok?! Yeah. Semoga anda lebih tabah, Ainul Afiqah! Yosh. : D

That's All.
Chaiyokk..chaiyokk !!!!
^^,

p/s : Let's start a new beginning ^^,


Sunday, 10 June 2012

~ Nak kahwin jugak !!!!


Assalamualaikum,

Aww. Hot gitu tajuk post kali ini. Hang belum ada calon lagi. So, toksah duk pikiaq nak kahwin. Hahahaha. Ni semua sebab banyak sangat kenduri kendara musim cuti ni. Ramai betul orang kahwin ye. Huhu. Tahniah la buat yang telah selamat diijabkabulkan. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Herm, bila nya turn kakak-kakak saya pula ni. Nak anak saudara cepat cepat nih. Tapi jodoh dia tak sampai lagi nak buat macam mana kan. Herm, adik dia je yang tak sabar sangat aihh nak anak saudara. Bukannya apa, saya sangat jealous kalau tengok kawan-kawan dah ada ramai anak saudara yang comel comel kiut miut. Huhu. Nak jugakk ! Soal jodoh, kahwin semuanya kerja yang Maha Kuasa. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Sememangnya ia bukan perkara yang mudah. 

*gambar hiasan dari pok cik google*


Semalam, jiran ada buat kenduri. Ada la pergi tolong sikit-sikit. Huh. Penat uhh nak buat kenduri. Ish. Ish. Penat penat penat. Tengok pun dah penat. Tuan rumah tak tahu lah penat camne kan sebab nak kena fikir macam-macam. Nak kena beli barang kenduri lagi. Tapi nasib baik la, ramai saudara mara and jiran-jiran lain datang tolong. Meriah betul rumah jiran. Riuh rendah. Hehe. Yang paling best, pengantin diarak depan rumah saya. Wooo. Semua intai kat tingkap sebab nak tengok pengantin punya pasal. Wahh. Sama cantik sama padan. Semoga berkekalan ke anak cucu. Hehe. =)

That's all. ADIOS !!


p/s : bila jodoh aku nak sampai ni *thinking*.
booo! haha

~ Fikir-fikirkan -.-"

Assalamualaikum,

Huh. Rasa macam dah lama tak update belog. Heee. Nama je cuti, tapi sibuk layan mak cik, pak cik dan sepupu yang datang berkunjung dan ada yang bermalam di rumah. Takkan lah ada tetamu tapi nak jadi tunggul dalam bilik ngadap laptop pulak kan. Ish.Ish. Tak patut tak patut. Hehe. Huh meriah betul rasanya cuti kali ni. Bila saudara mara datang bertandang, riuh satu rumah jadinya. Tambah pula isi rumah saya yang sedia ada dah ramai . Hoho. Seronak betul. Time makan paling syok, makan ramai-ramai. Wahh, makin berselera bila makan ramai-ramai. Tak kisah lah kalau lauk ala kadar je pun. =)

Eh, hari ni sebenarnya nak cerita pasal benda lain. Bila masuk bab cuti, macam banyak je nak bercerita ye. Laju je jari-jemari menekan keyboard laptop ni hah. Huhu. 

Ok lah. Back to the main point. Nak cito cerita pasal satu situasi. Situasi yang kerap juga terjadi kepada saya. Mungkin juga terjadi kepada anda. Hehe. Mungkin..... Dulu macam tak ambil kisah sangat pun pasal benda ni, tapi bila fikir-fikir balik. erghh, annoying juga la kalau buat camtu. Heh~

Situasi yang bertempat di kedai buku, si A ternampak kenalannya si B membelek-belek buku....

Si A : Hai datang beli buku ke ? *senyum-senyum*
 Si B : Eh. Tak lah beli ikan. Tak nampak ke. Huh. 
 Si A : @#$%^! Erk. Tanya pun tak boleh ke. Marah pulak.

Herm, bagi si B mungkin si A ni menjengkelkan sebab dah nampak orang tengah belek-belek buku kat kedai buku tapi still juga nak tanya beli buku ke tak. Sebab itulah, ada je keluar jawapan beli ikan lah, beli bajulah dalam kedai buku. Huh. Masa sekolah dulu, saya pun ada fikir camni tapi sekarang ni dah matang sikit. Haha. Mentaliti pun dah berubah. 

Saya rasa si A tidak berniat untuk bertanya soalan camtu. Mungkin beliau sedang mencari modal untuk memulakan perbualan. Kalu tak tegur, orang kata sombong pula kan. Tapi si B ni pula yang tidak menghargai usaha murni si A. Hohoho. Apa salah nya layan kan je apa yang ditanya si A. Betul tak? Tak susah pun rasanya nak jawab soalan tu. Huhu. =) Mungkin starting perbualan tu akan merapatkan hubungan silaturrahim antara mereka. Dalam situasi sebegini, kita mesti pandai handle situasi dalam menjaga hubungan. Mungkin juga niat si B nak bergurau tapi fikir juga lah perasaan orang. Hui,sentap juga jawapan si B tu kan. Maybe ada yang tak ambil kisah. Tapi rambut sama hitam, hati lain-lain. So, nak selamat, jagalah pertuturan semasa bertegur sapa dengan teman-teman atau sesiapa sahaja. 

Peringatan buat semua dan diri sendiri.
Together we make difference. 
Adios !!