Assalamualaikum w.b.t,
Waaa dah lama gila rasanya tak lepak dengan belog busuk ni. hihi. Not much to say. Ambil syarat sentuh je ni. Buang sawang yang mana ada. Kuikui. Oh ya haritu kita dah dapat tawaran lantikan pegawai perkhidmatan pendidikan gred DG41. Panjang gila. Surat tawaran lantikan guru lah senang cerita. Pehh punya lah berdebar tunggu surat datang. Terus terangnya, aku memang dapat lambat surat haritu. Allah je yang tahu betapa cuak nya aku. Kahkah. Orang lain semua dah update dapat surat, tapi posmen lalu pun tak depan rumah ni. haha. Aku syak posmen ni mesti lupa surat aku. sebab tu dia tak lalu. Buat orang cuak je tau. hihi. Benda ni agak basi jugak la nak cerita sebab dah lama. Just baru sekarang ada feel nak cerita. Kihkih. Dasar pemalas.
So, sekarang ni memang tak de buat apa-apa pun kat rumah ni. Fooling fooling around je. Tanam anggur pun berjaya pe. Hahaha. Berjaya lah sangat. Habiskan duit umi dengan jayanya. haha. Tapi tu lah. Bila fikir balik ni je time yang ada untuk bersama famili dengan lelama. Lepas dah kerja nanti, lain cerita pulak. Sibuk lah. Kelas tambahan lah. Mesyuarat lah. Huih. Ni belum kahwin dan beranak pinak. Fuhhh. Aku harap aku dapat tempat yang elok la bila posting nanti. Macam-macam cerita dah aku dengar. Menyeramkan pun ada. Bebanan kerja guru semakin bertambah. Stress je memanjang. Ya Allah permudahkanlah segala urusan buatku. Semoga aku kuat menghadapi segala ujian mendatang. Amin.
One more thing is I cant wait for my sister's wedding. Bulan Jun nanti. Aaaa. Tak sabar. First menantu umi. First abang ipar buat adik-adik. hee. Aku bersyukur akhirnya jodoh kak long sampai jugak. Baik pulak tu. Hihi. Alhamdulillah. Semoga aku pun dapat yang baik-baik jugak nanti. InsyaAllah. Well. Apa-apa pun baiki diri kita dulu. InsyaAllah, there will be a good one for me. Kan? Hahahaha.
Ok dah. Bye.
XOXO. Muah2. Haha.