Assalamualaikum w.b.t,
Rubik?? Apakah di sebalik nama yang pelik itu? Huhu. Dulu aku tak panggil pun benda ni sebagai rubik . I just called it cubic. Why? Because the shape is cube jadi aku pun bantai je la namanya cubic. Hahah. Ok je kalau nak guna nama tu pun sebab nak menunjukkan bentuk kiub yang comel tuh. Malu aku dibuatnya apabila dengar orang sebut rubik sedangkan aku masih lagi duk sebut cubic. Ngeh3.
*And this is rubik's cube
Rubik ni terdiri dari kotak-kotak kecil yang digabungkan dan terdiri daripada enam warna sesuai dengan sisi sebuah kiub yang mempunyai 6 sisi segiempat sama. Setiap sisi pulak terdapat susunan kotak kecil 3x3 . Kita dikehendaki menyusun warna-warna tersebut supaya setiap sisi pada rubik mempunyai 9 kotak warna yang sama. Dulu masa kecik-kecik sebelum aku tahu nak main rubik ni, aku selalu berlagak dan cakap dalam hati. Senang je main benda tu, susun susun warna sama setiap sisi. Pusing-pusing je lepas tu, SIAP! Huh. Kalau aku kekalkan pemikiran macam tu, memang sampai sudah la aku tak dapat selesaikan rubik tu. Cara nak main dia memang pusing-pusing je tapi kena ada teknik yang betul. Salah teknik tak dapatlah nak selesaikan.
Aku berminat dengan rubik ni sebenarnya dah lama tapi tak berpeluang nak main sebab tak ada orang nak ajar. Aku belajar main rubik ni waktu aku masih lagi menginap dekat asrama IPG. Agaknya waktu tu aku baru masuk maktab kot. Entahlah dah tak ingat. Starting-nya jiran sebelah bilik aku sangat suka main benda alah tu, aku tertarik dan minta dia ajar aku. Waktu tu dia selalu main rubik bentuk kiub dan satu lagi bentuk piramid. Yang piramid tu aku tak reti main sampai sudah.Hee.
Masa tu aku pun belajar la teknik-teknik selesaikan rubik tu daripada Dila, jiran sebelah bilik yang aku cite tadi. Serius aku sangat tekun belajar. Tapi orang lain dua tiga hari dah dapat da. Aku je bantai belajar sampai seminggu. Haha. Aku pun tak ingat kenapa lama sangat aku ambik masa belajar mende alah tu. Tapi kepuasan yang amat dapat dirasai. Sangat bahagia bila dapat je rubik yang bercelaru warnanya dan aku tanpa gentar susun warnanya dengan jayanya. Tak kisah laaa kalau lambat pun kan. Ngeee. At least aku boleh selesaikan. Oh yee, lupa cakap rubik ni banyak jenis ye. Ada 3x3, 4x4, 5x5.. Kalau tak silap laa. Tapi setakat ni, aku belajar yang orang kata beginner je laa, 3x3. Ada jugak dulu aku cuba main yang lainnya tu, tapi teknik dia makin kompleks buat aku pening kepala je. Cukup la dengan 3x3 je. Heee.
Rubik first aku tak beli sendiri, tapi best friend aku yang bagi for my birthday present. Siyes aku suka sangat waktu tuh. Heee. Lepas tu, aku bawak rubik tu balik rumah aku kat Besut. Adik-adik aku tanya aku camne nak main mende alah tu, aku pun ajar la diaorang. Wahhaaa, dua tiga hari je diaorang dah pandai. Pikap plak otak diaorang ni terima apa yang aku ajar. Sekarang diaorang lagi terer kot daripada aku bila main rubik. Laju kot diaorang pusing-pusing rubik tuh. Kejap je dah siap. Aku je yang buat lembab macam siput. Hahah. Lagi satu, rubik ni kalau dah pecah dan berterabur memang susah gila nak susun balik. Alamatnya kena beli baru la. Ngeh3.
Oke dah. Bye people. Salam semua =)