Tuesday, 29 May 2012

~ Scary movie betul...


Assalamualaikum,

Hari ni ada chat dengan classmate...Woha.. dia dapat call daripada lecturer. Dia cakap lecturer pening tanda kertas kitorang. Huuu. Sangat menakutkan. Jujur hari tu memang tak boleh jawab paper major. Tak hairan lah kalau lecturer pening tanda kertas. Yelah, jawab ikut sedap. Tak yakin jawapan betul atau salah. Haih dua tiga helai kertas pun tak cukup, memang goreng habis. Huu. I really hope everyone will pass all papers. 
Tak nak ada yang fail. Ohh. Seriously  risau.:(

Examination is scary but to know the results is scarier~!!

mood : R.I.S.A.U


Sunday, 27 May 2012

~ Saya, udang dan sambal belacan


Assalamualaikum,

Herm. Tajuk entry kali ni pasal makanan. Apakah?!
Ada apa di sebalik udang dan sambal belacan??
Huhu. 0_o

Bahagianya bila berada dirumah sebab boleh makan apa sahaja. H0ho. **memang terbukti budak gemuk.
Boleh makan makanan kesukaan saya sebab umi boleh masakkan. Hee. 2 hari lepas umi masak gulai lemak udang. Wee. That's my favourite. Haa. Apa lagi makan tak ingat dunia. Then, buka peti ais, ada sambal belacan. Memang sedap sangat . Dah lama tak makan gulai udang dengan sambal belacan. 
Makan banyak pula tu. Bila dah kenyang. Erm. Mata pun dah kuyu, haha!
 Mengantuk la pulak. Ok tidur kejap. **bad eating habit! 
Lepas bangun tidur, err..errr.. mukaku, hidungku. Arghhhhhhh, GATAL !!!!!
Grr. grr. teramat gatal ok! Then, merungut-rungut muka gatal. heh~
Salahkan diri sendiri sebab dah tahu tak boleh makan udang tapi makan jugak.
wuwuwuwu.

Dah tahu hang ada resdung , hang makan jugak udang dengan sambal belacan. 
Padan muka, muka hang dah gatal..
Masa makan tak ingat dunia.
Lain kali makan banyak-banyak lagi ye. Huh!

T.H.E.E.N.D

That's all.
Bye people! ADIOS !!

p/s : Fikir dahulu sebelum makan. Hoho :)






Wednesday, 23 May 2012

~ yeay balik rumah !


Assalamualaikum ,

Seronoknya esok boleh balik rumah jumpa umi and adik-adik. Hee ^^
Kak long and kak ngah pun balik tapi lambat sikit. Tak kisah lah janji balik. Hehe.
Waah, gembiranya bila semua orang dapat berkumpul.

 Lama tak berbual-bual merepek dan bergosip dengan mereka. Haha :)
Heh. Paper hari ni boleh jawab sebab dapat spot tapi paper semalam.....
Huh. Speechless. Tersangatlah MUDAH sampai ada yang tinggal 
sebab tak tahu nak jawab apa. Tahniah2 !
Let bygone be bygone.
Tak nak fikir dah pasal tu.  Biarkan ia berlalu. Hehe. 

Yang penting, esok dah last paper. Paper English.
Harap dapat buat dengan baik. :)
Lepas tu, boleh balik rumah. Hoorayyy!!!
Gumbiranya hatiku. Weeeheee. :)



Planning list nak buat apa kat rumah:

1) Jenjalan rumah atuk and pak cik dekat Pasir Puteh, Kelantan.
2) Shopping baju raya. Hoho. ^^
3) Nak tengok cerita Korea. Balas dendam lepas exam. Hehe.
4)  Jenjalan dengan family tercinta. =)
5) Nak suruh umi masak favourite f00d. Yeah.
6) Nak belajar masak. Huhu. ** Yang ni tak boleh blah.


F A M I L Y . H O M E . G A T H E R I N G . R E S T.



Selamat pulang ke kampung buat kawan-kawan. ^^
Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
That's all.
ADIOS !!!


P/s : Can't wait for tomorrow !! yosh :P




Saturday, 19 May 2012

~ Syukur :)

Assalamualaikum,

Terbit perasaan syukur kepadaNYA di saat aku bangun dari tidur pagi ini.
Setiap hari adalah anugerah. Dan aku bersyukur .
Terima kasih Ya ALLAH 
kerana masih memberiku peluang untuk hidup dan
memperbaiki diri ke arah yang diredhaiMu.
HambaMu ini manusia yang lemah dan penuh dengan khilaf ='(


Ya ALLAH, lindungi aku dan jagalah aku dari semua ini.
Jagalah iman dan kehormatanku. 
Kuatkan hatiku untuk menempuh segala dugaan yang mendatang.

Amin :)

P/s : Muhasabah sejenak ^^



Friday, 18 May 2012

~ Ini serius 0_o

Assalamualaikum,

Yes. This is serious. Uhuh. Waktu tidur yang sangat tidak teratur. 
Macam mana ni?? Semuanya dah jadi terbalik. 
Waktu malam cerah je mata, tak nak pejam pun. Waktu siang mengantuk pulak. 
Ok la fine sekarang musim exam and stay up sampai lewat malam.
Tapi kadang-kadang bukan study sangat pun, bila kawan-kawan datang 
mula lah pot pet kejap. Hoho. Then baru sambung balik buat kerja.
Kalau setakat pukul 3 or 4 still boleh consider lagi la.
 Tapi kalau subuh pun tak tidur lagi macam mana. Huh. =.="
Minum kopi? Herm. Salah satu sebab juga tak boleh tidur.Kalau tak tidur,
 lepas azan subuh baru rasa mengantuk. Herm, memang dah sangat tak teratur. 
Boleh jadi ting tong kalau berterusan macam ni.
Huuu. :(
Sebelum ni tak ada lah pulak jadi macam ini. Perubahan biologi kah? 
Perubahan persekitaran kah? Adeyy. Please go back to normal...
Waaaa. Saya nak tidur macam biasa.



~ADIOS !!

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

Thursday, 17 May 2012

~ STOP minum berdiri !

Assalamualaikum,

Hello people!

Herm. Hari ni saya buka facebook and then terjumpa satu artikel 
tentang minum sambil berdiri.
Menarik sungguh artikel ni. =)
Oh. Oh.
Minum sambil berdiri memang sudah menjadi perkara biasa.
Betul tak? Hehe. 0_o
Tak nak tuding jari dekat orang lain lah sebab 
saya sendiri pun kadang-kadang buat benda ni.
Huh. Kalau sudah dahaga sangat tu, 
memang tak sempat nak cari tempat duduk dulu sebelum minum air.

Heh. Itulah dia. 
Actually, minum secara sopan adalah adab yang sangat penting. 
Tak manis la kalau orang pandang anak gadis minum berdiri kan. 
Lagi-lagi di tempat ramai orang. Huhu. Tapi benda ni sudah menjadi 
perkara biasa dalam kalangan masyarakat kita. 
Huh. =.="
Agama Islam pun sangat menuntut supaya kita beradab 
semasa makan,  semasa minum, semasa bertutur dll.


 Kenapa Nabi melarang kita minum sambil berdiri?
~
Actually, dalam tubuh kita terdapat satu penapis sfringer 
di mana ia akan terbuka apabila kita duduk dan tertutup apabila kita berdiri.
Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak dapat ditapis
oleh sfringer kerana ia tertutup. Air yang tidak ditapis akan terus masuk
ke pundi kencing dan boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal.


Turut berkongsi  'Terapi air putih' :-

**Air putih dari abang google

1) Minum 2 gelas air setelah bangun dari tidur dapat membersihkan organ internal.
2) Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu 
fungsi seluruh pencernaan.
3) Minum segelas air sebelum mandi  dapat menurunkan tekanan darah .
4) Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke dan serangan jantung.

Haa. Jangan lupa banyakkan minum air masak untuk kesihatan kita.
Huhu. =)
That's all for today !!!
OK BYE !

p/s : Together we make a difference ^^




~ Selamat Hari Ibu !!!


Assalamualaikum,

EVERYDAY IS A MOTHER'S DAY.

sO, hari ini saya nak mengekspresikan kasih dan cinta saya kepada ... jENG3


UMI TERSAYANG
'Siti Rahani bt Mat Sidek'
**Tanpa dia siapalah saya, wuwuwuwuwu.


Terima kasih UMI kerana :-
1) Telah melahirkan saya.
2)  Telah membesarkan saya sehingga menjadi seorang manusia.
3) Sentiasa memberi semangat dan dorongan bila saya ada masalah.
4) Sentiasa memahami saya.
5) Sentiasa mendengar masalah saya.
6) Sentiasa jaga makan minum saya.
7) Sentiasa menjaga saya kalau saya sakit.
8) Sentiasa ambil berat tentang saya.
9) Sentiasa mencurahkan kasih sayang kepada saya.
10) Marah saya bila saya silap.
..............................
..........................................
...................................
~
~


~Jasamu tak terhingga wahai ibu~
Huh. Kalau nak senarai semua jasa ibu kita, memang tak habis lah kan.
Heee. =)
ADIOS !!

P/s : Terima kasih untuk segalanya. ^^




Wednesday, 16 May 2012

~ ICT !


Assalamualaikum,

Disebabkan saya sesak dada jawab exam tadi. 
Huwaaa.='(
Saya dan kawan-kawan pergi makan ICT dekat pantai.
ICT?? Apakah ? 

** Ini ialah i-city bukan ICT. Haha. 

ICT stands for ' Ikan Celup Tepung'. 
Ikan yang disaluti tepung yang sangat rangup.

Tadaaa !!

** Tadaa. Ini lah ICT. Thanks abang Google.

Fuhhh. Sedap wo0.
Sotong celup tepung pun sedap jugak. =)
Herm. Bila semua dah terhidang atas meja , 
budak gemuk pun makan dengan seronoknya. weee. 
Saya makan dengan sangat banyak sebab 
 tadi stress tak dapat jawab paper MTE3109.
Maaf la Puan Pensyarah, saya tak dapat buat dengan baik.
Huu. =(
Tadi lepas exam, semua cakap susah. Huh. 
Ingatkan kita je yang tak boleh jawab. Heh. Tenang sekejap.
Haaa. Salah siapa? 
Ok. Salah sendiri sebab tak study betul-betul.
Erm. Bukan setakat tak boleh jawab, masa pun tak cukup.
Sesak nafas masa nak tulis jawapan. Nak cepat punya pasal kan. Grr.
Oh. Lagi satu, first time exam guna meja budak sekolah rendah. 
Hoho. Ingatkan dah tak guna meja tu. 
 Err. Agak tidak selesa, nasib baik awal-awal lagi dah tukar kerusi 
kalau tak memang tak boleh gerak sebab kakiku panjang 
and tersekat kat bawah meja tu.
**Huahua. Hang ingat kaki hang panjang sangat. Keh2
Bukan nak complaint tapi hanya sekadar berkongsi rasa. Hehe.

Ok. That's all.
ADIOS !!

Remarks : Heaven sekejap sebab ada 5 hari break exam. =)










Tuesday, 15 May 2012

~ EXaM mode

Assalamualaikum,

Exam ?? OH NO !!!
Hari exam dah tiba.
So,  Ainul Afiqah......
Anda dikehendaki merajinkan diri membaca komik buku, 
jangan asyik ber'facebook' je. OK? 
dO pass with flying colours,
INSYAALLAH. AMIN   =)

Ohhh. Mr. Exam, 
Please move little faster. 
I just don't really like you. Ngeee ^^
SORRY~ =)

Remarks : Cepatlah habis exam. Nak balik rumah. WUwuwu. =)




Monday, 14 May 2012

~ cAntik itu subjektif..

Assalamualaikum......


 

A :  Wahh. cantiknya dia. Tengok la cepat. Cantik kan?? 
B : Biasa je. Tak adalah cantik sangat pun. 

Huhu. Dialog macam ni memang selalu sangat kita dengar kan.
Kadang-kadang masa makan dekat kedai , mata melilau-lilau perhatikan orang.
Memang sudah menjadi lumrah manusia mencintai sesuatu yang cantik. 
Am I right ?? =)
Herm, kalau setakat membandingkan kecantikan luaran tu 
memang biasa sangat sekarang ni.
Tapi kenapa tak nak bandingkan kecantikan dalaman.
Itu lebih baik.
Sebenarnya kecantikan itu sangat berbeza di mata-mata orang.
Mungkin dia sangat indah di mata saya tetapi mungkin tidak di mata orang lain.
 Itu masing-masing punya pendapat.
~
~

:: Kecantikan itu subjektif ::

Cantik tidak semestinya dinilai dengan kecatikan paras rupa tetapi juga boleh diukur dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna serta cara kita membawa diri. Apa yang penting, kenali kecantikan semula jadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya. Biarlah rupa paras tidak cantik, asalkan peribadi dan akhlak kita cantik. Kalau cantik tapi buruk perangai apa guna kan. Huhu. Jika mengharapkan sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan pernah mengenali erti bersyukur, Jadi, bersyukurlah dengan apa yang telah ditentukan oleh Nya.
Everything happens for a reason. =)


Cantik di dunia tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak. 
Cantiklah untuk DIA , maka segalanya akan menjadi cantik.

p/s : Renung-renungkan dan selamat beramal ^^









Saturday, 12 May 2012

~ Erk.


Lalalaalalalala... 
Tak tahu nak cakap apa.
But seriously I don't know what I'm feeling right now. ='(
Ngeh3.

Pagi-pagi dapat mesej dari umi suruh bangun study.
Waaaa. 
Pastu terus telefon umi, then umi tanya dah study ke belum?
Huh. Fikir ayat nak jawab sebab memang baru nak start study.
Ok. Actually, rasa sangat bersalah dekat umi sebab lama dah cakap nak study 
tapi tak mula-mula pun.
Sedih, kecewa, gembira, bersalah , err, err ?! 

Ohh. random feelings, 
GO AWAY PLEASE !!

Herm. Stress sebab nak exam. Banyak sangat nak kena baca.
Wuuuu. Fighting budak kecik!!!!
ADIOS !




Mood : Rindu dekat umi. Wish you were here. ^^


Friday, 11 May 2012

~Makan-makan jom !!

Assalamualaikum =)

Hari ini saya ada jamuan kelas. Wah. Syoknya dapat makan.

I LOVE to EAT . 

 Sebab tu dapat title 'budak gemuk' dalam family.
Badan kurus je tapi selera makan mengalahkan orang.
Huh. Kadang-kadang housemate pun terkejut tengok nasi dalam pinggan.
Betul ke budak ni?? Banyak nya makan.
Huhu. Lagi satu, saya ni memang jenis yang kerap makan.
Hahaha. Maaf laaa, saya ni memang suka makan.
Lapar sikit, cepat je merungut.
Kawan-kawan memang dah masak sangat dengan perangai ni.
Hehe. Terima kasih lah sebab memahami saya ye.
LOVE you all ...

Ok hari ini nak makan banyak-banyak dekat jamuan. Heh~
Weeeee. =)
ADIOS !!!

p/s : Adab sewaktu makan jangan dilupa. ^^
Together we make difference~






~ C.A.I.R ?!

Hype !!!

 Weeee. Ni gambar pak we saya. hik3. Malu laaa. =)
Dilarang ambil !! Haha

** Park Yoo Chun yang kacak.

Hermm, dulu Park Yoo Chun ni ahli kumpulan TVXQ. Tapi sekarang dia dah berpecah dan bentuk kumpulan JYJ. Huhu. Dulu tak perasan pun kewujudan dia ni. Huh ! Mula minat dia masa tengok series 'Sungkyunkwan Scandal'. Pehh. Masa tu memang dah jatuh hati. Hik3. Gatal sangat aihh habaq hang.
Sekarang tengah ikut cerita lakonan dia dalam 'Rooftop Prince'. Pun best jugak. Haha. Dia ni memang dah jadi kegilaan ramai remaja termasuklah saya. **bajet remaja padahal dah tua.huhu.
Fffuuuuuuu. budak kecik ni memang sangat mencintai cite Korea. Apa tak nya, asyik ngadap je kerjanya. 
Hohohoh0.... Sekarang ni kalau sebut je mana-mana artis Korea, huh mula lah pot pet bercerita.
Menarik sungguh kalau cerita pasal ni ye. Memang tak habis laa kalau cerita pasal ni dengan kengkawan
yang minat Korea juga.
~
~
TAPI.....
Mungkin ramai yang cakap "Apa ni? Muka jambu pun minat ke?!! Ish. Ish."
Yang lagi teruk "Artis yang tak su**t  pun minat ke?!" Adeyy. Cakap la apa pun. Tak heran aihh. 
I do love Korean artist and I can't help with it. OKe??
~
~
Biasanya budak kecik akan menghabiskan masa teng0k cerita Korea masa cuti , permulaan semester baru & permulaan 'study week'. Time tu memang rasa 'free' lah  sangat sebab kerja tak  banyak . Bolehlah nak berpoya-poya sikit. Tapi masa tu je la. Tak ada lah setiap masa dan ketika. huhu. Nanti 'lagha' pula kan. Ngeh3. **tau pun.hohohoho :P
~
~
Gambar-gambar di bawah ialah pak we saya juga. Jangan usik. hek3. =)
**wek2. koya terlebih nii.


** Hyun Bin oppa !!
wah.kacak dengan lesung pipit menawan tu.

* Song Seung Hun oppa pun kacak jugak.ngee

~
~
~
Sebenarnya banyak lagi  artis korea yang budak kecik minat. Tapi banyak sangat la nak senarai. Huh !!

Ok That's all for this entry.
ADIOS!!!

p/s : Jangan terlampau FANATIK dengan artis. 
Renung-renungkan dan selamat beramal. K bai!!

Thursday, 10 May 2012

~5 fakta senyum..=)


Assalamualaikum.....

SENYUM tak perlu kata apa-apa =)
~
~
.......SMILE EVERYONE....

** comelnyee dia senyum.=)

Tak salah pun kalau kadang-kadang tu kita senyum . Kalau tak senyum dekat orang pun, senyum je sorang-sorang. ngeh3. Kadang-kadang je k , kalau selalu sangat nanti orang cakap mereng pulak kan.haha. :P
Herm.Ada ke orang yang tak tahu macam mana nak senyum? Rasenya tak ada kot.
Saya pasti semua orang mampu tersenyum dalam hidup mereka apabila terima khabar gembira. Betul tak?
Tak syok la, kalau tak ada ekspresi dalam hidup ni.
~
~
Hari ni saya nak kongsi sikit pasal 100  5 fakta tentang senyum...


1) Senyum membuatkan anda lebih menarik. phewitt.
2) Senyum menghilangkan stress.
3) Senyum menurunkan tekanan darah.
4) Senyum itu awet muda.
5) Senyum membuat orang berfikir secara positif.

Senyuman dan ketawa juga merupakan senaman yang baik kerana ia melibatkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan , muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia turut melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi serta membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. 

~~Remember smile is also a part of  SUNNAH : )

Fuhh. Menarik betul entry kali ni. =) **wek2.masuk bakul angkat sendiri.ape daaaa.

Ok lah. Itu je kot untuk inf0 hari ni.
See you next time.
ok BYE !

p/s : Ceriakan hari anda dengan senyuman. ^^