Wednesday, 19 December 2012

~ something


Assalamualaikum w.b.t,


Something wrong with my heart. Kind of injury may be. 

Do not  sure whether it can be heal or not. Ommo. Ommo. 

I wish it can be heals. Heals quickly. Jaebal.


# Oo Lord, please give me strength !! :'[


Thursday, 13 December 2012

~ Rerimau Malaysia


Assalamualaikum w.b.t,

Go go  go Harimau Malaya. Kamu tetap di hatiku. Yeah !!!
Malam ni Harimau Malaya lawan Thailand. Tapi dah tamat few minutes ago. Keputusan 3-1 amat menyakitkan. Sakit dado den tengok tadi. Walaupun tak berapa tahu about the rules tapi setakat tengok cara pemain Thailand main pun nampak kasar je. Plus, referee yang entah apa-apa tu. Rasa nak bagi penampor je 10 kali. Huhu. 

Kat facebook pun memang ramai yang tak puas hati dengan referee malam ni. Eiii. Teruk betul. Ada ke patut berat sebelah. Nampak obvious pulak tu. Agak-agak la bro. Adakah beliau disuap?! Wallahua'lam. Alamak, referee tu dari Korea. Ok tak pe. Err. Sebagai rakyat yang menyokong sukan negara, saya akan menahan diri tengok cerita Korea selama seminggu. Err. 3 hari. Ok ok last, 2 hari. Haihhh. Teruk teruk :P

Pasukan Thailand agak tidak professional sebab tak dapat menyediakan kemudahan yang sebaiknya buat pemain Malaysia untuk berlatih. Mungkin sedikit sebanyak menganggu latihan pemain Harimau Malaya. Masa main tadi pun boleh nampak keadaan padang yang agak teruk. Huh. Sebaiknya kalau tetamu datang, bagi lah yang terbaik. Kalau ye pun nak menang, main secara fair play la. Tak payah nak susahkan orang. Huh  =.=!!

Selamanya... selamanya.... selamanya Harimau Malaya... 

Peace no war. Pray for Palestine. Salam. :]


Sunday, 9 December 2012

~ Cinta dari syurga ..


Assalamualaikum w.b.t,

Herm. "Cinta dari Syurga" cerekarama TV3. Ya Allah, cerita ni seriously buat saya rasa sesak dada je malam ni. Ada ke patut sang suami buat kat isteri dia macam tu. Ok la. Bagi sesiapa yang tak tengok. Meh nak cerita sikit sinopsis dia.

Damia (Fauziah Gous) buat sembahyang istikaharah lepas tu nampak wajah Zarul Aiman yang memang kawan dia kat kampus. Masa ni, Zarul pulak tengah bercouple dengan Hannan (Anzalna). Cinta sampai mati la kononnya. Wekk. Hihi. Lepas tu, Hannan sambung belajar kat luar negara then Zarul duduk kat Malaysia. Tapi masing-masing berjanji tak nak main kayu tiga. Ada sekali si Zarul ni stalk fesbuk Hannan dan nampak gambar yang kononnya awek dia, Hannan tu curang. Apa lagi ngamuk sakan la mamat tu. Bila Hannan balik Malaysia. Mereka gaduh dan memutuskan hubungan. Hannan cabar Zarul kahwin perempuan muslimah sebabnya Zarul ada memperlekehkan Hannan soal akhlak dan agama. Lelaki memang pantang dicabar.

Then, dia pun kahwin dengan si Damia. Damia ni memang seorang yang belajar agama, baik dari segi akhlaknya. Selepas 5 tahun kahwin, mereka tidak dikurniakan anak. Si Hannan pula dah habis belajar, jadi doktor pakar sakit puan. Damia yang sedar dirinya ni kekurangan (tak mampu memberi zuriat) sanggup pertemukan semula suaminya, Zarul dengan cinta pertamanya. Terdetik kat hati saya ni, ada ke perempuan macam tu kat dunia ni?? Sanggup serahkan suami kat perempuan lain. Betapa mulianya hati beliau. Fuhh, bila si Zarul dengan Hannan dah kahwin. .  Zarul dah lupakan Damia. Asyik berkepit dengan Hannan je. Hoiii. Memang nak marah betul laa. Banyak cantik muka kau. Grr. Grr. 

Zarul memang menyediakan nafkah zahir tapi tak adil dari segi nafkah batin. Then, sebab dah tak tahan dan takut tanggung dosa cemburu. Damia minta cerai dari Zarul. Bila dah tak tinggal sebumbung barulah Zarul menyesal. Dia cuba memujuk Damia, tetapi kepercayaan tu dah hancur. Lastly, talak tetap dijatuhkan atas dasar tidak ada persefahaman antara keduanya. Ok. THE END.

Waaaaa. Dari awal sampai akhir, rasa nak marah betul dekat Zarul Aiman. Berani dia buat macam tu kat Damia. Oh my . . Sangat kejam. 5 tahun hidup bersama macam tak ada effect langsung kat Si Zarul tu. Bila Damia dah tak ada, baru la nak terhegeh-hegeh mintak peluang kedua. 

Kenapa lelaki sanggup ambil risiko kahwin ramai kalau dah tahu diri tak mampu berlaku adil ?!! 

Ya Allah, minta jauh benda ni dari aku. Opps. Kecelaruan emosi berlaku lepas tengok cerita ni. Maaf. Maaf. Huhu. Tapi cerita ni mengajar supaya menghargai setiap orang yang menyayangi kita. Kadang-kadang tu tak perasan, bila dia dah tak ada baru rasa rindu. Betoi tak?! By the way, tahniah kepada pengarah cerita ni, mampu buat saya beremosi seketika. Hehe :P

Mimpi apa entah lepas habis je cerita tadi terus jari jemari ni laju je tekan keyboard laptop. Ok lah dah ngantuk. Nak masuk tidur. Ok bye :]

# Perasaan yang melampau bagi seseorang yang bukan muhrim adalah berdosa. 
Ya Rabb lindungi aku dari perasaan itu. :']



Thursday, 6 December 2012

~ struggle while young


Assalamualaikum w.b.t ,

Well then . . Again merayau-rayau baca belog orang. 
Kind of boring juga la ada kat rumah sebab tak ada apa-apa yang nak dibuat. Ngadap movie dengan cerita korea je la. Hak3. Tapi nak banding duduk rumah betul dengan rumah sewa. Foshoo la saya pilih rumah betul. Home sweet home kan kata orang. Ngeh3. Pejam celik pejam celik. Sekejap je masa berlalu. Saya pula dengan bangganya membuang masa menggemukkan badan. Hohoho. Lagi setahun nak habis. Tak percaya rasanya sudah mendekati gelaran cikgu yang sah. Takut pun ada. Tapi, serahkan pada Yang Maha Kuasa, the best planner.

"We should struggle while we are still young". 

Kata-kata ni dapat dari status seorang kenalan kat fesbuk. Simple sentence with simple meaning. Huhu. Betul juga. Masa muda-muda ni la kalau nak usaha lebih sikit. Bila dah tua nanti masa tu sepatutnya guna untuk rehat je la kan. Dah jadi lumrah, bila dah tua.. banyak penyakit datang. Darah tinggi, diabetes and bla bla bla. So many la nak cerita pun. Teringat pulak kat nenek yang dah lama kena strok. Hanya mampu menolong sekadar yang termampu. Selebihnya tuan badan je yang menanggung *isk.isk.insaf.insaf*.

Tapi kalau nak ikutkan, nikmat ni bila-bila masa je boleh ditarik. Kita orang muda pun kena beringat-ingat jugak. Kalau hari ni boleh makan dengan tangan . . . esoknya, hilang tangan dah tak dapat menikmati anggota tangan tu. Kalau Allah nak tarik sekelip mata je. Ya Allah, aku bersyukur atas segala nikmat yang telah Engkau diberikan. Nikmat yang sangat berharga. Semalam baru lepas bawak tok pergi rawatan fisioterapi. [Tok baru je kena strok tapi tak seteruk nenek yang dah lama kena] Berlatih basikal dengan naik turun tangga katanya. Huhu. Mintak-mintak lepas ni boleh la jalan sendiri. Biasanya kena ada orang pimpin. Harapnya begitulah. Amin :]


Walk the talk ! Stop violence against women. 
Oke Bai. Salam :]

P/s :
# Tahniah buat kengkawan yang dah selamat diijabkabulkan. Semoga sentiasa berbahagia :D
# Yeay. Hyun Bin dah selesai military services. Can't wait for his next drama. 
Miss your acting so much. Your cute dimples too ^^  hehe


Sunday, 2 December 2012

~ My life fact 1..


Assalamualaikum w.b.t...

This is my life fact. I don't know if it is y0urs too . . .

When I want to ask my mum for something, 
I will wait until she is in a good mood
Hurm, a very good mood actually. 


Kalau mood dia tak baik alamatnya tak dapat la. Hahaha :D

Oke dah. Bubye !!
# Pandu cermat jiwa selamat ^^


Wednesday, 28 November 2012

~ Sorry,I love you..


Assalamuaikum w.b.t,

" Sorry, I Love You "


Ahjussi . . . 
Sarangae . . . sarangae . . 
 Sarangae ahjussi . . . sarangaeyo. . . 
Ahjussi, sarangaeyo . . .
Sarangae . . . sarangae . .
I love you ahjussi !!!!
Sarangae . . 
SARANGAE ahjussi !!!!

Sorry, I love you so much ahjussi !!!!!!!! 
[ Saya sangat cintakan awak pak cik ]

Mood : Air mata keluar bercucuran macam air terjun. Woahhh. Sedih giler cite ni.
 Nangis tahap apa dah ni  =''[


Friday, 23 November 2012

~ Mucous !!

Assalamualaikum w.b.t,

Sesungguhnya sakit itu ujian Allah. Betoi dak? Huk3. 
Dah seminggu rasanya hidung ini dipenuhi mukus atau hingus lah senang cerita. Euw euw euw. Tak selesa sangat. Duduk sekejap hingus hijau dah meleleh leleh.. Hahaha. Pengotor punya budak. Heee. Tambah pula dengan batuk berkahak pulak. Adoiiyaii. Seksasssss betul. Tidur pun tak berapa nak lena & asyik terbangun je sebab batuk kuat sangat. Haippppp. Jangan nak mengeluh !!!! Hihi..

But, one thing I wonder masa selsema. Kenapa mukus tak hilang even dah buang banyak kali? 
Soalan yang agak childish di situ :P Hahahahaha. Ahh tak kisah la. Nak tahu jugak. Agaknya kalenjar mukus tak berhenti hasilkan mende alah tu la kot sampai duduk kejap pun hidung dah penuh balik. Huh. Itu andaian sendiri je. Yang sebetulnya I tak tahu. Ngeh3. Diharapkan cepat baik dari dua gejala nih : batuk dan selsema. Hohoho. Nak bernafas dengan lancar tanpa hingus. LOL :D 

Hari ni rumah sunyi sepi. Biasanya petang-petang ada dua orang budak yang mengaku pemain Itali, main bola dalam rumah. Hari ni sepupu kecik tu dah balik. Adik dah tak ada geng nak main. Haha. Duduk diam lah dia dalam bilik main game. Huhu. Kesian bongsu lelaki yang sorang tuh. Kakak perempuan je yang tinggal. Layan pulak main bola kan?! Kuang2.


Oke babai :]
# Jom manfaatkan masa cuti !!! Keh3.


Wednesday, 7 November 2012

~ Such a unique funny name ^^


Assalamualaikum w.b.t,

Wassup peeps. Hihi. :]
Ok now saya berada di Mambang Di Awan, Kampar, Perak. Saje jenjalan rumah kak long. Lagipun dia kat sini berdua je dengan h0usemate dia. Dulu masa mula-mula tahu kak long dapat posting kat sini, saya gelakkan nama tempat nih :D Nama cam kelakar je ada perkataan mambang-mambang awan bagai. Haha. Macam dalam cerita Pendekar Bujang Lapok tu. Mambang angin, mambang tanah. . . Hikhik. Then, mula buat bayangan sendiri macam mana tempat ni. Mula-mula ingatkan pedalaman tapi tak pun. Huhu. Almaklumlah tak pernah sampai kan. Kuat betul berimaginasi. But now dah sampai, just wanna say tempat ni memang ramai Cina dengan India. Kalau kat pekan Kampar tu, memang majoriti kedai Cina & India je. Huhu. Tapi tempat ni cantik, suasana tenang jauh dari kesibukan bandar.



p/s : Camne la kak long boleh duk sini berdua je. Bosan kot. Kesian kak long. 
Cepat kawen long !! Hihi :]


Wednesday, 31 October 2012

~ Oh negara 4 musim !!


Assalamualaikum w.b.t,

Huhu. Masa kita kecik-kecik dulu kan selalu berangan nak sambung belajar dekat oversea. Haha. Whatever country la yang ada 4 musim. Sebab utamanya nak pegang salji yang putih melepak tu. Oh my, sampai sekarang pun masih berangan nak pergi sana, main salji. Hihi. Memang amat jealous bila kengkawan yang belajar dekat seberang laut tu upload gambar setiap musim dekat facebook. Huuu. Sangat jealous ok! Sekarang rasanya musim autumn. Super duper punya cantik ! Tu pun tengok dalam gambar je, belum tengok yang betul-betul lagi. SubhanAllah. Hebatnya ciptaan DIA :D

~ Pinjam gambar pak cik google ^^

Tapi rezeki orang beza-beza. Dah rezeki diaorang boleh belajar luar negara kan. Hoho. Rezeki saya belajar kat sini je. Ayat kesian. Ohh Bumi Terengganu yang mendamaikan. Haha. Ayat sedapkan hati. Tapi tak pe, jangan sedih. Kat sini dekat dengan family, at least boleh la balik 2 kali sebulan. Well, everything happens for a reason kan? Kalau belajar sana, menangis kerinduan la jawabnya. Huhu. Dah la awak tu manja. Berangan je la nak belajar jauh. Ngeh3. Posting pun tak tahu orang campak ke mana. Haha. Mintak dapat tempat yang ok, tak mau pedalaman sangat. Berendam air mata la weyy. Ekekeke.

Ermm. Tapi selain belajar apa lagi alasan nak pergi sana, lain la kalau dapat kahwin dengan anak Dato' ke kerabat diraja ke. Boleh la melancong  oversea selalu. Opss. Berangan lagi. Heshh. Kuat berangan sungguh. Kalau diizinkan Allah, sampai jugak ke sana nanti. Ngeh3.

Tapi fikir-fikir balik , memang sangat bersyukur dapat belajar di negara sendiri. Sekarang ni luar negara banyak terjadi bencana. Yang terbaru, Taufan Sandy yang berlaku kat New York. Huh. Takut pulak. Semoga kawan-kawan yang belajar kat situ berada dalam keadaan selamat. Takut je tengok liputan dekat TV tu. Huh.

Dah habis. Ok bye!
Mood : Bersahaja sebab ada break exam 2 hari.


Sunday, 28 October 2012

~ Bangkit oittt ....


Assalamualaikum w.b.t..

Bangkit study oittt !! Esok dah start exam. Sila merajinkan diri sendiri untuk bertempur di hari-hari yang disebutkan di bawah. Sekian, terima kasih. Hihihi :]

29 Oktober 2012 
1 November 2012
5 November 2012 

Mood : Gelabah sebab banyak lagi yang belum study. Serve you right then...


Good Luck Everybody. Daa :]


Wednesday, 17 October 2012

~ Di suatu malam..


Assalamualaikum w.b.t

Di satu malam yang hening, sunyi sepi . Err.. burung-burung berkicauan, ermm .. pokok nyiur melambai-lambai. OK tipu :P Haha. Whassup bebeh. Huhu. I'm so boring right now. Really meant it.  *Padahal exam dah dekat. Tak reti-reti nak study? Heh*

So, saya pun buka laa itu "facebook". Merayau-rayau sikit, stalking-stalking, liking-liking. Heee. Ramai betul senior yang dah kahwin. Plus, ada juga kawan-kawan yang dah jemput-jemput pergi majlis kahwin diaorang. Huu. Sweetnya. Hihi. InsyaAllah, saya akan cuba menghadirkan diri ye. Semoga mereka  berbahagia & berkekalan hingga ke anak cucu :] 

All of sudden, tetiba terfikir.. Herm.. Kahwin ke tak aku ni nanti ek? Nauzubillah min zalik. Saya nak kahwin. Tak mau jadi anak dara tua. Waaaaa. Tapi malas nak fikir pasal tu lagi. Let it happen naturally. Hihi. Agak-agak la kan, suami saya nanti macam mana ek. Tinggi? Macho? Tegap? Kacak? Huahua. Hey cik adik, bajet hang cantik macam Irma Hasmie nak dapat suami kacak. Hakhak. Galok ngat aih ! Hee. Tapi I tak kisah macam mana pun dia, janji dia sayang & dapat bimbing kita kan. Kalau macam muka Aaron Aziz. Lagi best. Hik3. Mengada ah. Sedar diri tu dulu ok ! Ngeh3. Tapi Adam Mukhriz dalam cerita Adam Hawa yang tengah meletup tu memang comey. Seriously terpikat. Dah lah segak pakai uniform pilot. Kacaknya diaaaaaaaaa *sila kawal diri anda.tq*.

Err. Betul ke Ainul Afiqah yang tulis post nih. Haih. Malu la pulak. ok gedik :P  Hakhak. But, I believe Allah had planned the best for me. Aamin :] Kalau boleh tak mau lah kapel-kapel nih. Nak kahwin terus. Boleh? LOL :D



Ok dah habis melalut. Nite !! 
 # Mimpi manis-manis macam saya ye. Boo !!


Saturday, 13 October 2012

~ Berjimba bersama YAMASHITA ^^


Assalamualaikum w.b.t.

YAMASHITA? Apakah?? 
Haha. YAMASHITA stands for singkatan nama gegurl2 rumah sewa. Yati, Amal, Miza, Aini , Syaz, Hani, Ika (Saya), Tiqah and the last one is Adawiyah.. Haa. Cukup 9 orang geng rumah sewa. Hahaha.

Ceritanya dah dua malam gegurl2 YAMASHITA nih enjoy sakan. Nak menghabiskan duit elaun praktikum la agaknya. Ngeh2. Malam sebelumnya kitaorang satu rumah pergi makan burger bakar kat Big Bro Burger. Tak jauh sangat pun tempat nya. Actually, yang tu kali kedua kitorang pergi situ sebab nye masa first time pergi, burger punya homemade-patty dah habis. So, terpaksalah kitorang makan kat kedai lain. Huk2. So, kali kedua pergi ni memang dah bersedia nak melantak burger yang besar tu. Siap tempah meja lagi takut-takut tak ada tempat bila sampai sana nanti. Almaklumlah kedai popular, kalau lambat memang melepas la nak makan burger bakar tu. Hermm.

~ Sedapnyeee ^^

Kitaorang pesan yang standard je sebab nanti takut tak habis pulak kan. Bila burger yang kami order dah sampai, muka semua orang nampak sangat teruja dan bersinar-sinar. Memang nampak sedap. Bukan nampak je sedap, memang rasa dia pun sedap jugak. Kitaorang pun makan dan makan. Bila dah sampai 3/4 burger tu kitaorang makan... YAAA.. Tetiba je rasa macam dah banyak makan, tapi tak habis-habis jugak. Muka semua orang dah berubah. Muak katanya. Yes, sangat muak sampai saya rasa dah tak nak dengar perkataan "burger" waktu tu. Haha. Nasib baik kitaorang tak merangkak-rangkak keluar kedai sebab dah muak sangat dan terlampau kenyang. Sampai rumah pun masih lagi terasa ke'muak'kan yang melampau tu. Waaa. Tak mau ingat. 


~ This one is mine :D


~ Ittadakimasu !!

Malam semalam pulak kitaorang semua keluar ke Secret Recipe kononnya nak sambut birthday kami sembilan orang. Huhu. Memang syok dapat makan kek yang sedap tu. Hihi. Lepas dah habis makan kek, kitaorang pergi i-city Kuala Terengganu. Tengok pokok-pokok cantik berlampu blink blink yang comey tu. Walaupun tak secantik i-city Shah Alam tapi ok la, kitaorang enjoy jugak kat situ.

~ Hepi besday YAMASHITA !! :D








~ Kanak-kanak yang tua. haha :P


Huhu. Sangat best keluar jenjalan. Kalu asyik terperuk dalam rumah tak elok jugak. 
Bila lagi nak enjoy life kat kuala teganu ni kan. 
That's all. Daa :]

p/s : Hoping that tomorrow will be better. 
Semalam telefon umi cakap adik demam. 
Semoga adik cepat sihat.
 And Hepi birthday Kak Long. I love you so much much much <3





~ Don't deny our πr^2 !

Assalamualaikum w.b.t..

Halluuuuu everyone !!!
 Ngeh2. Waaaa. Bangga dengan sendiri sebab memang tersangat amatlah rajin update blog. Haha. Tepuk tangan untuk diri sendiri. Ngee. Herm. Actually, hari ini telah berlangsungnya Hari Keluarga Matematik IPGKDRI. Nak rapatkan hubungan senior dengan junior unit matematik lah katakan. Huhu. Tapi memang betul. Event-event cam gini lah yang boleh rapatkan hubungan silaturrahim. Betoi dak? Tak ada la terjadi kes tak kenal senior or junior kan. Senior jadi junior, junior jadi senior. Huh. Ape kes? Haha. Tadi kitorang just main-main , makan-makan dan fooling-fooling around je. Ya ampun.. hari ni saje, 4 round saya makan ayam BBQ. Sampai da tak boleh masuk makanan lain dah. Memang patut lah dipanggil gemuk. Huh. Tapi memang sodap ratah ayam tu. Siyes tak tipu. Tenkiu lah kepada yang berpenat lelah bakar ayam. Alhamdulillah kenyang betul :D

Majlis penyampaian hadiah dan penutup diadakan right after lunch and kemas-kemas all the things yang kitaorang dah bawak. Yahooooo. Ada orang dapat hamper :] Hihi. Dapat hamper sebab design baju yang saya reka dah menang dan dipilih jadi baju persatuan. Bangga sangat bila hari ni semua ahli pakai baju yang saya dah design. Wink3 :D 
Layan je la tengok pic-pic di bawah ni k. Huhu.


~ PERSISMA members..

~ Nak gi serang sape tu?

~ Dengar taklimat sebelum start sukaneka

~ Sempat lagi. Ngee ^^

~ omey tak kami??

~ Yeay2, kite dapat hadiah ^^ Encik Mazlan omey. Hihi.

Huhu. Itu sahaja untuk entry kali ni. 
Daa :]

Thursday, 11 October 2012

~ R.E.D ^^

Assalamualaikum w.b.t..

Lalalalayannnn ^^,

Losing him was blue like I've never known,
Missing him was dark grey all alone,
Forgetting him was like trying to know somebody you never met,
But loving him was red.

# Red by Taylor Swift :]


Wednesday, 10 October 2012

~ Me love :]

Assalamualaikum w.b.t

Ya ampun. Kerjanya memang suka bergambar. Huhu. Bergambar pulak dekat tengah-tengah blok pentadbiran. Wahaa. Kurang malu betoi. Ngeh3. They are all my kesayangans kat maktab terchenta nih. Hihi. Love them. Tapi ni sebahagian je. Ada ramai lagi kesayangans yang tak masuk gambar. Haha. Temanya ialah "black purple". FYI, ini baju I yang design. *Nak jugak cakap coz saya bangga. hakhak. Even ada yang tak suka pun kena pakai jugak sebab ini dah jadi baju persatuan. lalalala*

Jeng..jeng.. jemmm..

~ syaz & hani

~ ija, hani, ida, tiqah, areda 

~ silang kaki itu penting !

~ peace saje

~ syaz, ija, hani

~ haha. berfotogedik ^^

~ NICE !

I will miss the moment ^^
Daaa :]


Saturday, 6 October 2012

~ Tiga kali :]

Assalamualaikum w.b.t 

It's a very quick update. Rajin la pulak nak ngepost update baru. Almaklumlah assigment semua dah selamat hantar dekat encik dan puan pensyarah. Hihi. Actually saje je nak kongsi lagu ni. Lagu ni best,tapi jiwang sikit *haha. tak sangka jiwang jugak aku nieh ye*

Enjoy this song k. Layannn...


Ok. Bye :]

Friday, 5 October 2012

~ Penat..

Assalamualaikum w.b.t.

Err. Err. I don't know laa where to start. Nak cerita ke? Tak payah la. Hihi. Everything happens for a reason. Mungkin ada sebab dia macam tu. Lalaalala. Semoga keadaan cepat kembali seperti sedia kala . Saya penat dan tak faham.

I.forgive.people.simply.because.I.still.want.them.in.my.life.
Thank.you :]

Ok dah. Bye! 
# Forget it if you don't understand. 


Thursday, 4 October 2012

~ Hari Terbuka. Yeah !!

Assalamualaikum w.b.t..


Hari Terbuka IPG KDRI 2012

Semalam ADUN Tepoh dah selamat merasmikan Hari Terbuka IPGKDRI. Hoyeah. Sape nak datang. Lai3. Macam-macam ada. Ada persembahan, jualan , pameran... Pemeriksaan kesihatan pun ado jugak. Malam pun jemput semo mai na. Ada banyak persembahan menarik. Keh2. *oii mak cik, dah habis promote ke?ekeke.*

Haha. Saje je promote kat sini. Err. Rasanya hari terbuka tahun lepas lagi syiokk kot. Bukannya apa. Sebab kitaorang masih lagi nginap dalam hostel masa tu. So, anytime bila boring or lapar, boleh turun beli makanan dan merayau-rayau sesuka hati. Kui2. Lagipun tapak jualan tu memang dekat sangat dengan bangunan hostel. Malam pulak memang happening sebab mostly budak hostel turun tengok persembahan. Fuuuu. Tapi hari terbuka tahun ni pun apa kurangnya. Banyak persembahan, aktiviti menarik and then ada pameran lagi tuu. Memang sangat banyak improvement la kan. JPP pun memang banyak bertungkus lumus dan berpenat lelah untuk ini. So, memberi sokongan padu itu memang harus laa kan. 

Semalam pun kitaorang ada turun maktab. Ada persembahan nasyid dan Qasidah. Aiman pun datang. Aiman mane ek? Aiman yang nyanyi lagu Cinta Terakhir tu. Fuuuu. Tengok face to face, hensem jugak die. Ngee. *Haipp, sempat lagi hang menggatai naa* Gandingan dia bersama saya punya kawan memang terbaik. Sedap betul diaorang nyanyi nasyid.  Huhu. Hari Terbuka ni ada sampai hari Sabtu. InsyaAllah, kalau ada masa memang rasa macam nak pergi lagi. Hihi. 

Salam Khamis buat semua. Daa :]




~ Untitled 2 ^^

Assalamualaikum w.b.t


Aamiin..

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA,
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAAN,
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN,
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN :]

Salam Khamis untuk semua. Bye :]

Saturday, 22 September 2012

~ Till we meet again :]

Assalamualaikum w.b.t..

Hari khamis lepas tamatlah sudah praktikum fasa 2. Hooray! Tahniah diucapkan kepada diri sendiri sebab dah berjaya sampai ke tahap ni. Lagi setahun nak habis. Bila fikir pasal nak berpisah dengan kawan-kawan, rasa sedih pulak. Mana tak sedih, dah nak dekat 5 tahun lebih berhidup dengan mereka. Huwaaa. Sedih sedih. Entah bila la nak gather2 lagi lepas dah posting :'[ 

Herm. Praktikum oo praktikum. Seperti biasa, masa praktikum saya akan merungut-rungut bila nak habis. Haih. Bila dah habis, rindu pulak ye. Sudah menjadi lumrah dunia, setiap pertemuan itu ada perpisahan. Berbanyak terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing yang dah membantu diri ni.
Buat guru pembimbing, Kak Nor & Kak Syikin memang terbaik !! Hehe. Kalau ada umur yang panjang boleh la ketemu lagi ye. Ngee.

Hesh. Anak-anak murid saya yang comel, kiut, macho, cantik, lawo dari kelas 1 Dedication, 1 Creative, 3 Brilliant, 3 Creative, 5 Brilliant dan 5 Creative. Teacher rindu laa. Hik3. Terima kasih banyak-banyak dah bagi kerjasama kat teacher sepanjang 2 bulan ni. Teacher gembira dapat ajar kamu-kamu semua. Ngeh2. Buat yang nakal-nakal tu, memang kena bebel la jawabnya. Sorry, saya cikgu kuat bebel !

Err. Tetiba teringat setiap hari Ahad masa perhimpunan pagi. Saya dengan erot akan terkekek-kekek gelakkan budak darjah 1 yang semangat nyanyi lagu sekolah. Fuuuuu. Teruja betul diaorang nyanyi. Suka je tengok. Dah la kecik, comel pulak tu. Geram nak cubit-cubit jeee. 

SK Gelugor bergerak maju,
Menuju arah wawasan, 
Marilah kita bersama-sama,
Memburu cita-cita. 

Bersatu membina nusa nan jaya,
Berpadu Berbakti Berjasa, 
Langkah seiring maju ke depan,
Cemerlang sekolah kita.

SK Gelugor bergerak maju,
Menuju arah wawasan,
Marilah kita bersama-sama,
Memburu cita-cita.

Buat murid-murid SK Gelugor , wish you all da best. Yeah. 

Till we meet again my dear pupils :]
That's all. Daa. :]


Thursday, 6 September 2012

~ Dear teachers..

Assalamualaikum wbt,

Dear Teachers,
watch out with your thoughts,
your thoughts determine your words,
watch out with your words,
your words determine your actions,
watch out with your actions,
your actions (constance) determine your habits,
watch out with your habits,
your habits determine your characters,
watch out with your characters,
your characters determine your destiny.... :]

 Ni saya copy dari status seorang kenalan kat pesbuk.....

Renung-renungkan :] Setiap apa yang kita lakukan mencerminkan diri kita. 
Watch out sebab seorang guru haruslah menjadi contoh terbaik untuk diikuti. Huhu.

p/s : Muhasabah sejenak ^^





Saturday, 1 September 2012

~ Love everywhere !

Assalamualaikum wbt ,


And because love is infinity. Let's spread the love all over the world. Hehe.
Kasih sayang itu kunci kebahagiaan. Marilah kita berkasih sayang. Haha.

: : Dan marilah sama-sama kita menjaga hubungan bukan sahaja sesama makhluk tetapi juga hubungan dengan yang Maha Esa. Itu yang lebih penting. InsyaALLAH : :

Happy Saturday people !! Daa :]

Saturday, 25 August 2012

~ Better late than never

Assalamualaikum,


Rasanya tak terlambat lagi kot saya nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Maaf dipinta andai diri ini banyak melakukan khilaf secara sengaja mahupun tak sengaja. Yelah, kadang-kadang kita tak tahu yang kita dah buat silap kan. Hehe. 0-0 okeh !!! Kih2.

Herm, hari ni dah masuk raya ke-7. Terasa basi pulak nak wish hari raya. Tapi, orang kata "Better late than never" kan. Haha. Bulan Syawal pun sebulan. So, tak terlambatlah lagilah. Ngeh2. Bukannya apa, tak ada masa nak la nak online time raya-raya ni. Raya first beraya rumah tok, mak cik kat besut. Raya second pulak balik Kelantan. Raya ke-3,4,5 jenjalan lagi pergi kenduri dan ziarah saudara mara. Memang berjalan sungguh la tahun ni. Huhu. Raya ke-6 pulak pergi beraya rumah kawan-kawan. Huh. PACKED!! Time raya ni je lah masa nak berjumpa. Seriously best :] Tahun depan boleh buat lagi.

That's All. Adi0s.

Remarks : Esok dah start praktikum balik. 
Selamat menggile untuk 4 minggu akan datang. Haha ^^



Sunday, 12 August 2012

~ One year older ! Yeah!

Assalamualaikum  w.b.t,

11.08.2012


Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me, AINUL AFIQAH,
Happy birthday to me!

Yeay, da besar!!

Ish ish, kesian dia nyanyi sorang-sorang. Keh3. Hari ni genaplah saya berumur 22 tahun. Semoga saya menjadi manusia yang lebih baik dan matang di hari-hari mendatang. Semoga menjadi anak yang baik untuk umi, kakak yang baik untuk adik-adik, adik yang baik untuk kakak-kakak dan kawan yang baik untuk kawan-kawan. Yosh. :]

p/s : Moge lebih matang daripada biasa. boo! haha^^

Monday, 6 August 2012

~ Perfect0 !

Assalamualaikum w.b.t

Herm. Tajuk omputeh lagi. Haha. P.E.R.F.E.C.T. ialah sempurna. Err. S.E.M.P.U.R.N.A ialah perfect. Apa sebenarnya saya nak cakap ni. Huh! Melalut saje. Lalalala~

Manusia tak perfect. Saya ialah manusia. Jadi, saya tak perfect. Ngeh2. Like those says, TO ERR IS HUMAN. So, if you think you're perfect enough. Then, live alone in this world lah because you do not need other people. Herm, manusia memang tak perfect. Lebih-lebih lagi manusia biasa macam kita ni. So, kat dalam dunia ni ALLAH s.w.t dah tetapkan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, sebab tulah kita menjadi saling memerlukan untuk menutup segala kekurangan yang ada. Kata orang, kelebihan disyukuri, kekurangan diredhai. Bersyukurlah dengan apa yang telah dianugerahkan kepada kita.

Kalau dah ada kekurangan tu pulak jangan la asyik nak salahkan diri sendiri. Berbaliklah kepada yang Maha Esa kerana kita semua dijadikan olehNya. Everything happens for a reason. Kalau rasa diri ni miskin. Tak ada duit. Mesti ada sebab musababnya. Fikir mestilah jauh. Fikir kenapa kita dijadikan macam tu, bukan asyik nak salahkan qada' dan qadar je. Kekayaan, kecantikan, kesenangan tu semua ujian. Ia bergantung kepada bagaimana seseorang individu menggunakan kelebihan yang diberikan. Jika tersalah langkah, habislah binasa. Mempunyai kesenangan yang melampau pun boleh menimbulkan riak jika tidak mempunyai iman yang teguh. Ada je orang bila dah kaya, lupa diri lupa pencipta. Tapi ada juga orang yang gunakan kelebihan yang Allah berikan dengan baik. Sentiasa bersedekah ke jalan Allah.

Orang yang hebat juga tidak sempurna. Contohnya ahli agama yang hebat akan berbicara dengan bagus sekali dalam bidang agama tetapi mungkin tidak dalam ilmu-ilmu lain. Orang yang terlalu mengejar kesempurnaan akan sentiasa mengeluh dalam hidup mereka. Adalah sangat penting untuk menerima kekurangan diri dan orang lain. Oleh itu, berusahalah menjadi lebih baik setakat batas kemampuan manusia. Hati akan menjadi lebih tenang. InsyaALLAH. ^^



That's all. Adi0s!
Mode : Sedang berfikir-fikir seorang diri. Ngee. ^^




Friday, 3 August 2012

~ Baju raya oo baju raya..

Assalamualaikum,

Pagi tadi kan ada budak kan dia kena sound dengan Penolong Kanan 1 sebab dia tak pakai baju batik. "Erm, setiap ari Khamis kena pakai baju batik eh. Ada tak?" . Terngiang-ngiang lagi benda tu kat telinga ni. Huhu. Bila dah saya sorang je tak pakai baju batik hari ni , apa lagi terus kena sound la. 

Tapi lantak la, hati sedang gumbira sebab next week cuti dari buat RPH yang melambak-lambak. Budak-budak semua ada exam jadi saya free untuk seminggu. Minggu depan saya cume jaga periksa je lah. Yabedabedu! Ngeh2. Huh. Kalau dah pemalas tu memang pemalas jugak la. Huhu. Lecturer pun tak de datang observe lagi, jadi beware la ye. Bila-bila masa je beliau boleh datang. 

Herm. Tadi keluar pergi makan "chicken chop" kat waterfront. Saje ngade-ngade nak makan sebab sorang kawan ni dah craving sangat nak makan bende tu. Kita tumpang lah sekaki. Hehe. Puas hati dapat makan. Tapi agak muak la nak habiskan. Err. 

Dah siap makan kitaorang pun keluar la jenjalan kat bandar Kuala Terengganu. Berhenti la dekat kedai-kedai jual baju raya sambil-sambil nak cari baju batik untuk pakai hari Khamis. Ngeh2. Jalan punya jalan tak de satu pun yang berkenan. Jalan lagi pastu stop la kat satu kedai ni. Baju tu warna biru hijau, cantik! waaaa, tapi besar sangat. Huwaa. Tanya kat mak cik kedai, dia kata saiz tu je yang tinggal untuk pattern macam tu. Huu. Sedih saya tak dapat beli baju tu. Bukan senang tau nak cari yang berkenan. Bila dah ada, tak de saiz pulok. Huwaaa! *Lupe dah nak cari baju batik. Haha. Banyak sangat baju raya cantik2 jual kat situ*

Lepas tu,  baliklah dalam keadaan sedikit hampa. Ecece. Hahaha. Tak de sedih sangat aihh. Huhu. Dalam perjalanan balik rumah pulak ada accident kecil terjadi kat belakang kereta kitaorang. Kereta tu terbabas naik atas divider dan langgar pokok kat atas divider tu. Huh. Nasib baik la kereta sempat berhenti, kalau tak ada dua kemungkinan. Samada dia langgar belakang kereta kitaorang atau masuk lane sebelah. Waa. Itu lagi seram. Ish2. Mungkin dia terlebih laju kot sampai tak sempat nak brek. Ish-ish lain kali sila jaga jarak anda ye. Nasib baik la tak jadi pape yang lagi buruk.


Ok bye people!
m00d : ish, rindu orang tersayang. menyesal pulak tak balik.