Assalamualaikum w.b.t,
Herm. "Cinta dari Syurga" cerekarama TV3. Ya Allah, cerita ni seriously buat saya rasa sesak dada je malam ni. Ada ke patut sang suami buat kat isteri dia macam tu. Ok la. Bagi sesiapa yang tak tengok. Meh nak cerita sikit sinopsis dia.
Damia (Fauziah Gous) buat sembahyang istikaharah lepas tu nampak wajah Zarul Aiman yang memang kawan dia kat kampus. Masa ni, Zarul pulak tengah bercouple dengan Hannan (Anzalna). Cinta sampai mati la kononnya. Wekk. Hihi. Lepas tu, Hannan sambung belajar kat luar negara then Zarul duduk kat Malaysia. Tapi masing-masing berjanji tak nak main kayu tiga. Ada sekali si Zarul ni stalk fesbuk Hannan dan nampak gambar yang kononnya awek dia, Hannan tu curang. Apa lagi ngamuk sakan la mamat tu. Bila Hannan balik Malaysia. Mereka gaduh dan memutuskan hubungan. Hannan cabar Zarul kahwin perempuan muslimah sebabnya Zarul ada memperlekehkan Hannan soal akhlak dan agama. Lelaki memang pantang dicabar.
Then, dia pun kahwin dengan si Damia. Damia ni memang seorang yang belajar agama, baik dari segi akhlaknya. Selepas 5 tahun kahwin, mereka tidak dikurniakan anak. Si Hannan pula dah habis belajar, jadi doktor pakar sakit puan. Damia yang sedar dirinya ni kekurangan (tak mampu memberi zuriat) sanggup pertemukan semula suaminya, Zarul dengan cinta pertamanya. Terdetik kat hati saya ni, ada ke perempuan macam tu kat dunia ni?? Sanggup serahkan suami kat perempuan lain. Betapa mulianya hati beliau. Fuhh, bila si Zarul dengan Hannan dah kahwin. . Zarul dah lupakan Damia. Asyik berkepit dengan Hannan je. Hoiii. Memang nak marah betul laa. Banyak cantik muka kau. Grr. Grr.
Zarul memang menyediakan nafkah zahir tapi tak adil dari segi nafkah batin. Then, sebab dah tak tahan dan takut tanggung dosa cemburu. Damia minta cerai dari Zarul. Bila dah tak tinggal sebumbung barulah Zarul menyesal. Dia cuba memujuk Damia, tetapi kepercayaan tu dah hancur. Lastly, talak tetap dijatuhkan atas dasar tidak ada persefahaman antara keduanya. Ok. THE END.
Waaaaa. Dari awal sampai akhir, rasa nak marah betul dekat Zarul Aiman. Berani dia buat macam tu kat Damia. Oh my . . Sangat kejam. 5 tahun hidup bersama macam tak ada effect langsung kat Si Zarul tu. Bila Damia dah tak ada, baru la nak terhegeh-hegeh mintak peluang kedua.
Kenapa lelaki sanggup ambil risiko kahwin ramai kalau dah tahu diri tak mampu berlaku adil ?!!
Ya Allah, minta jauh benda ni dari aku. Opps. Kecelaruan emosi berlaku lepas tengok cerita ni. Maaf. Maaf. Huhu. Tapi cerita ni mengajar supaya menghargai setiap orang yang menyayangi kita. Kadang-kadang tu tak perasan, bila dia dah tak ada baru rasa rindu. Betoi tak?! By the way, tahniah kepada pengarah cerita ni, mampu buat saya beremosi seketika. Hehe :P
Mimpi apa entah lepas habis je cerita tadi terus jari jemari ni laju je tekan keyboard laptop. Ok lah dah ngantuk. Nak masuk tidur. Ok bye :]
# Perasaan yang melampau bagi seseorang yang bukan muhrim adalah berdosa.
Ya Rabb lindungi aku dari perasaan itu. :']
adushh.. ruginya tak tengok..
ReplyDeletehak3. jangan tengok. wat sakit hati je Una.. Hahahaha :D
Delete