Wednesday, 31 October 2012

~ Oh negara 4 musim !!


Assalamualaikum w.b.t,

Huhu. Masa kita kecik-kecik dulu kan selalu berangan nak sambung belajar dekat oversea. Haha. Whatever country la yang ada 4 musim. Sebab utamanya nak pegang salji yang putih melepak tu. Oh my, sampai sekarang pun masih berangan nak pergi sana, main salji. Hihi. Memang amat jealous bila kengkawan yang belajar dekat seberang laut tu upload gambar setiap musim dekat facebook. Huuu. Sangat jealous ok! Sekarang rasanya musim autumn. Super duper punya cantik ! Tu pun tengok dalam gambar je, belum tengok yang betul-betul lagi. SubhanAllah. Hebatnya ciptaan DIA :D

~ Pinjam gambar pak cik google ^^

Tapi rezeki orang beza-beza. Dah rezeki diaorang boleh belajar luar negara kan. Hoho. Rezeki saya belajar kat sini je. Ayat kesian. Ohh Bumi Terengganu yang mendamaikan. Haha. Ayat sedapkan hati. Tapi tak pe, jangan sedih. Kat sini dekat dengan family, at least boleh la balik 2 kali sebulan. Well, everything happens for a reason kan? Kalau belajar sana, menangis kerinduan la jawabnya. Huhu. Dah la awak tu manja. Berangan je la nak belajar jauh. Ngeh3. Posting pun tak tahu orang campak ke mana. Haha. Mintak dapat tempat yang ok, tak mau pedalaman sangat. Berendam air mata la weyy. Ekekeke.

Ermm. Tapi selain belajar apa lagi alasan nak pergi sana, lain la kalau dapat kahwin dengan anak Dato' ke kerabat diraja ke. Boleh la melancong  oversea selalu. Opss. Berangan lagi. Heshh. Kuat berangan sungguh. Kalau diizinkan Allah, sampai jugak ke sana nanti. Ngeh3.

Tapi fikir-fikir balik , memang sangat bersyukur dapat belajar di negara sendiri. Sekarang ni luar negara banyak terjadi bencana. Yang terbaru, Taufan Sandy yang berlaku kat New York. Huh. Takut pulak. Semoga kawan-kawan yang belajar kat situ berada dalam keadaan selamat. Takut je tengok liputan dekat TV tu. Huh.

Dah habis. Ok bye!
Mood : Bersahaja sebab ada break exam 2 hari.


Sunday, 28 October 2012

~ Bangkit oittt ....


Assalamualaikum w.b.t..

Bangkit study oittt !! Esok dah start exam. Sila merajinkan diri sendiri untuk bertempur di hari-hari yang disebutkan di bawah. Sekian, terima kasih. Hihihi :]

29 Oktober 2012 
1 November 2012
5 November 2012 

Mood : Gelabah sebab banyak lagi yang belum study. Serve you right then...


Good Luck Everybody. Daa :]


Wednesday, 17 October 2012

~ Di suatu malam..


Assalamualaikum w.b.t

Di satu malam yang hening, sunyi sepi . Err.. burung-burung berkicauan, ermm .. pokok nyiur melambai-lambai. OK tipu :P Haha. Whassup bebeh. Huhu. I'm so boring right now. Really meant it.  *Padahal exam dah dekat. Tak reti-reti nak study? Heh*

So, saya pun buka laa itu "facebook". Merayau-rayau sikit, stalking-stalking, liking-liking. Heee. Ramai betul senior yang dah kahwin. Plus, ada juga kawan-kawan yang dah jemput-jemput pergi majlis kahwin diaorang. Huu. Sweetnya. Hihi. InsyaAllah, saya akan cuba menghadirkan diri ye. Semoga mereka  berbahagia & berkekalan hingga ke anak cucu :] 

All of sudden, tetiba terfikir.. Herm.. Kahwin ke tak aku ni nanti ek? Nauzubillah min zalik. Saya nak kahwin. Tak mau jadi anak dara tua. Waaaaa. Tapi malas nak fikir pasal tu lagi. Let it happen naturally. Hihi. Agak-agak la kan, suami saya nanti macam mana ek. Tinggi? Macho? Tegap? Kacak? Huahua. Hey cik adik, bajet hang cantik macam Irma Hasmie nak dapat suami kacak. Hakhak. Galok ngat aih ! Hee. Tapi I tak kisah macam mana pun dia, janji dia sayang & dapat bimbing kita kan. Kalau macam muka Aaron Aziz. Lagi best. Hik3. Mengada ah. Sedar diri tu dulu ok ! Ngeh3. Tapi Adam Mukhriz dalam cerita Adam Hawa yang tengah meletup tu memang comey. Seriously terpikat. Dah lah segak pakai uniform pilot. Kacaknya diaaaaaaaaa *sila kawal diri anda.tq*.

Err. Betul ke Ainul Afiqah yang tulis post nih. Haih. Malu la pulak. ok gedik :P  Hakhak. But, I believe Allah had planned the best for me. Aamin :] Kalau boleh tak mau lah kapel-kapel nih. Nak kahwin terus. Boleh? LOL :D



Ok dah habis melalut. Nite !! 
 # Mimpi manis-manis macam saya ye. Boo !!


Saturday, 13 October 2012

~ Berjimba bersama YAMASHITA ^^


Assalamualaikum w.b.t.

YAMASHITA? Apakah?? 
Haha. YAMASHITA stands for singkatan nama gegurl2 rumah sewa. Yati, Amal, Miza, Aini , Syaz, Hani, Ika (Saya), Tiqah and the last one is Adawiyah.. Haa. Cukup 9 orang geng rumah sewa. Hahaha.

Ceritanya dah dua malam gegurl2 YAMASHITA nih enjoy sakan. Nak menghabiskan duit elaun praktikum la agaknya. Ngeh2. Malam sebelumnya kitaorang satu rumah pergi makan burger bakar kat Big Bro Burger. Tak jauh sangat pun tempat nya. Actually, yang tu kali kedua kitorang pergi situ sebab nye masa first time pergi, burger punya homemade-patty dah habis. So, terpaksalah kitorang makan kat kedai lain. Huk2. So, kali kedua pergi ni memang dah bersedia nak melantak burger yang besar tu. Siap tempah meja lagi takut-takut tak ada tempat bila sampai sana nanti. Almaklumlah kedai popular, kalau lambat memang melepas la nak makan burger bakar tu. Hermm.

~ Sedapnyeee ^^

Kitaorang pesan yang standard je sebab nanti takut tak habis pulak kan. Bila burger yang kami order dah sampai, muka semua orang nampak sangat teruja dan bersinar-sinar. Memang nampak sedap. Bukan nampak je sedap, memang rasa dia pun sedap jugak. Kitaorang pun makan dan makan. Bila dah sampai 3/4 burger tu kitaorang makan... YAAA.. Tetiba je rasa macam dah banyak makan, tapi tak habis-habis jugak. Muka semua orang dah berubah. Muak katanya. Yes, sangat muak sampai saya rasa dah tak nak dengar perkataan "burger" waktu tu. Haha. Nasib baik kitaorang tak merangkak-rangkak keluar kedai sebab dah muak sangat dan terlampau kenyang. Sampai rumah pun masih lagi terasa ke'muak'kan yang melampau tu. Waaa. Tak mau ingat. 


~ This one is mine :D


~ Ittadakimasu !!

Malam semalam pulak kitaorang semua keluar ke Secret Recipe kononnya nak sambut birthday kami sembilan orang. Huhu. Memang syok dapat makan kek yang sedap tu. Hihi. Lepas dah habis makan kek, kitaorang pergi i-city Kuala Terengganu. Tengok pokok-pokok cantik berlampu blink blink yang comey tu. Walaupun tak secantik i-city Shah Alam tapi ok la, kitaorang enjoy jugak kat situ.

~ Hepi besday YAMASHITA !! :D








~ Kanak-kanak yang tua. haha :P


Huhu. Sangat best keluar jenjalan. Kalu asyik terperuk dalam rumah tak elok jugak. 
Bila lagi nak enjoy life kat kuala teganu ni kan. 
That's all. Daa :]

p/s : Hoping that tomorrow will be better. 
Semalam telefon umi cakap adik demam. 
Semoga adik cepat sihat.
 And Hepi birthday Kak Long. I love you so much much much <3





~ Don't deny our πr^2 !

Assalamualaikum w.b.t..

Halluuuuu everyone !!!
 Ngeh2. Waaaa. Bangga dengan sendiri sebab memang tersangat amatlah rajin update blog. Haha. Tepuk tangan untuk diri sendiri. Ngee. Herm. Actually, hari ini telah berlangsungnya Hari Keluarga Matematik IPGKDRI. Nak rapatkan hubungan senior dengan junior unit matematik lah katakan. Huhu. Tapi memang betul. Event-event cam gini lah yang boleh rapatkan hubungan silaturrahim. Betoi dak? Tak ada la terjadi kes tak kenal senior or junior kan. Senior jadi junior, junior jadi senior. Huh. Ape kes? Haha. Tadi kitorang just main-main , makan-makan dan fooling-fooling around je. Ya ampun.. hari ni saje, 4 round saya makan ayam BBQ. Sampai da tak boleh masuk makanan lain dah. Memang patut lah dipanggil gemuk. Huh. Tapi memang sodap ratah ayam tu. Siyes tak tipu. Tenkiu lah kepada yang berpenat lelah bakar ayam. Alhamdulillah kenyang betul :D

Majlis penyampaian hadiah dan penutup diadakan right after lunch and kemas-kemas all the things yang kitaorang dah bawak. Yahooooo. Ada orang dapat hamper :] Hihi. Dapat hamper sebab design baju yang saya reka dah menang dan dipilih jadi baju persatuan. Bangga sangat bila hari ni semua ahli pakai baju yang saya dah design. Wink3 :D 
Layan je la tengok pic-pic di bawah ni k. Huhu.


~ PERSISMA members..

~ Nak gi serang sape tu?

~ Dengar taklimat sebelum start sukaneka

~ Sempat lagi. Ngee ^^

~ omey tak kami??

~ Yeay2, kite dapat hadiah ^^ Encik Mazlan omey. Hihi.

Huhu. Itu sahaja untuk entry kali ni. 
Daa :]

Thursday, 11 October 2012

~ R.E.D ^^

Assalamualaikum w.b.t..

Lalalalayannnn ^^,

Losing him was blue like I've never known,
Missing him was dark grey all alone,
Forgetting him was like trying to know somebody you never met,
But loving him was red.

# Red by Taylor Swift :]


Wednesday, 10 October 2012

~ Me love :]

Assalamualaikum w.b.t

Ya ampun. Kerjanya memang suka bergambar. Huhu. Bergambar pulak dekat tengah-tengah blok pentadbiran. Wahaa. Kurang malu betoi. Ngeh3. They are all my kesayangans kat maktab terchenta nih. Hihi. Love them. Tapi ni sebahagian je. Ada ramai lagi kesayangans yang tak masuk gambar. Haha. Temanya ialah "black purple". FYI, ini baju I yang design. *Nak jugak cakap coz saya bangga. hakhak. Even ada yang tak suka pun kena pakai jugak sebab ini dah jadi baju persatuan. lalalala*

Jeng..jeng.. jemmm..

~ syaz & hani

~ ija, hani, ida, tiqah, areda 

~ silang kaki itu penting !

~ peace saje

~ syaz, ija, hani

~ haha. berfotogedik ^^

~ NICE !

I will miss the moment ^^
Daaa :]


Saturday, 6 October 2012

~ Tiga kali :]

Assalamualaikum w.b.t 

It's a very quick update. Rajin la pulak nak ngepost update baru. Almaklumlah assigment semua dah selamat hantar dekat encik dan puan pensyarah. Hihi. Actually saje je nak kongsi lagu ni. Lagu ni best,tapi jiwang sikit *haha. tak sangka jiwang jugak aku nieh ye*

Enjoy this song k. Layannn...


Ok. Bye :]

Friday, 5 October 2012

~ Penat..

Assalamualaikum w.b.t.

Err. Err. I don't know laa where to start. Nak cerita ke? Tak payah la. Hihi. Everything happens for a reason. Mungkin ada sebab dia macam tu. Lalaalala. Semoga keadaan cepat kembali seperti sedia kala . Saya penat dan tak faham.

I.forgive.people.simply.because.I.still.want.them.in.my.life.
Thank.you :]

Ok dah. Bye! 
# Forget it if you don't understand. 


Thursday, 4 October 2012

~ Hari Terbuka. Yeah !!

Assalamualaikum w.b.t..


Hari Terbuka IPG KDRI 2012

Semalam ADUN Tepoh dah selamat merasmikan Hari Terbuka IPGKDRI. Hoyeah. Sape nak datang. Lai3. Macam-macam ada. Ada persembahan, jualan , pameran... Pemeriksaan kesihatan pun ado jugak. Malam pun jemput semo mai na. Ada banyak persembahan menarik. Keh2. *oii mak cik, dah habis promote ke?ekeke.*

Haha. Saje je promote kat sini. Err. Rasanya hari terbuka tahun lepas lagi syiokk kot. Bukannya apa. Sebab kitaorang masih lagi nginap dalam hostel masa tu. So, anytime bila boring or lapar, boleh turun beli makanan dan merayau-rayau sesuka hati. Kui2. Lagipun tapak jualan tu memang dekat sangat dengan bangunan hostel. Malam pulak memang happening sebab mostly budak hostel turun tengok persembahan. Fuuuu. Tapi hari terbuka tahun ni pun apa kurangnya. Banyak persembahan, aktiviti menarik and then ada pameran lagi tuu. Memang sangat banyak improvement la kan. JPP pun memang banyak bertungkus lumus dan berpenat lelah untuk ini. So, memberi sokongan padu itu memang harus laa kan. 

Semalam pun kitaorang ada turun maktab. Ada persembahan nasyid dan Qasidah. Aiman pun datang. Aiman mane ek? Aiman yang nyanyi lagu Cinta Terakhir tu. Fuuuu. Tengok face to face, hensem jugak die. Ngee. *Haipp, sempat lagi hang menggatai naa* Gandingan dia bersama saya punya kawan memang terbaik. Sedap betul diaorang nyanyi nasyid.  Huhu. Hari Terbuka ni ada sampai hari Sabtu. InsyaAllah, kalau ada masa memang rasa macam nak pergi lagi. Hihi. 

Salam Khamis buat semua. Daa :]




~ Untitled 2 ^^

Assalamualaikum w.b.t


Aamiin..

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA,
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAAN,
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN,
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN :]

Salam Khamis untuk semua. Bye :]