Thursday, 2 January 2014

~ Pengalaman mematangkan kita :)


Assalamualaikum w.b.t

Oh harini dah 2 Januari ye. Haha. Ok. Happy New Year to everyone. Semoga tahun 2014 membawa seribu makna dan harapan. Semoga kita menjadi lebih matang dalam hidup. Dan akhir sekali be a better person lah kan. Alamak umur pun dah makin meningkat ni. Tahun ni dah masuk 24 tahun. Dah tua oii. Tapi yang hepinya, cikgu aku cakap muka aku tak berubah. Sama je macam sekolah-sekolah dulu. Aww seronok! Hehe ;]

Masuk harini dah genap seminggu umi kat tanah suci mengerjakan umrah. Entah bila turn aku pulak sampai sana. InsyaAllah dengan suami aku nanti lah kot. Hihi. Calon pun tak dak. Berangan je kan. Ketiadaan umi kat rumah memang bagi impak kat aku dan adik-adik. Aku mungkin kurang sikit lah kot sebab aku dah biasa duk jauh dengan family. Adik-adik yang tak biasa jauh dengan umi. Bila umi tak de, segala kerja umi jatuh kat tangan aku. Atas bahu aku. Serius sekarang baru aku rasa betul-betul berdikari. Semua benda yang terjadi dalam rumah tu semua atas bahu aku. 

Tambah pulak aku sorang je yang reti drive sekarang ni. Kereta Alza umi dah jadi macam kereta aku. Ke hulu ke hilir dengan kereta tu lah. Dulu reti bawak kancil comel tu jer. Tapi kak ngah dah ambik kancil. Nak tak nak kereta tu je yang tinggal. Jadi tugas bergerak semua aku lah yang buat. 

Erm. Aku bukan nak gila kuasa okay. Handle rumah sorang-sorang. Hahahaha. Kakak aku yang dua orang tu takde kat rumah. Dua-dua ada hal. So, aku yang paling tua kat rumah ni take over lah segala kerja. Masa mula-mula dulu, rasa takut jugak. Boleh ke aku handle rumah dan segala isinya ni. Tapi sekarang dah nak dekat seminggu kot. Aku rasa macam terbiasa pulak. Ye lah. Alah bisa tegal biasa. 

Tapi kalau macam kerja rumah tu. Kitaorang pakat-pakat la buat. Penat la buat sorang-sorang. Nasib adik aku ramai yang perempuan. Pagi-pagi dah aku kerah sapu sampah segala. Sebab kakaknya ni, memang pantang rumah kotor dan tak kemas. Haha. Kerja masak-memasak pulak aku yang buat. Sebab aku memang suka kot. Haha. Tapi bangun pagi buat sarapan tu liat sikit. Hari first paksa diri tak tidur lepas subuh. Aku ni memang susah sikit nak bangun seawal pagi. Biasa lepas subuh mesti aku ada tidur kejap. Dalam pukul 8 lebih baru bangun balik. Kihkih. Takdelah sampai matahari tegak atas kepala baru nak bangun. Anak dara apa oii kalau macam tu. Sekarang dah biasa bangun awal, masak sarapan untuk adik-adik. Sebijik macam suri rumah 5 anak je aku ni. Haha. :P

Lepas semua dah kenyang, aku kerah semua buat house chores pulak. Kehkeh. Lepas tu masak untuk tengahari pulak. Sedap tak sedap belakang kira. Tapi setakat ni aku masak, tak ada lah diorang komplen. Aku sedar semua ni sebenarnya nak mengajar aku supaya aku lebih matang. Aku dapat improve banyak benda dalam diri aku. Urus rumah. Cooking skill. Driving skill. Berdikari. Buat keputusan. Macam-macam lagi lah. Lepas ni dah nak posting. Benda-benda ni aku akan buat jugak lepas ni. Anggap lah ni sebagai training kan. Hihi. Tak ada lah nanti gelabah semacam nak urus benda alah ni semua. 

# Inilah yang namanya berdiri di atas kaki sendiri
XOXO :D
Bye. Salam :]