Assalamualaikum w.b.t..
Hari khamis lepas tamatlah sudah praktikum fasa 2. Hooray! Tahniah diucapkan kepada diri sendiri sebab dah berjaya sampai ke tahap ni. Lagi setahun nak habis. Bila fikir pasal nak berpisah dengan kawan-kawan, rasa sedih pulak. Mana tak sedih, dah nak dekat 5 tahun lebih berhidup dengan mereka. Huwaaa. Sedih sedih. Entah bila la nak gather2 lagi lepas dah posting :'[
Herm. Praktikum oo praktikum. Seperti biasa, masa praktikum saya akan merungut-rungut bila nak habis. Haih. Bila dah habis, rindu pulak ye. Sudah menjadi lumrah dunia, setiap pertemuan itu ada perpisahan. Berbanyak terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing yang dah membantu diri ni.
Buat guru pembimbing, Kak Nor & Kak Syikin memang terbaik !! Hehe. Kalau ada umur yang panjang boleh la ketemu lagi ye. Ngee.
Buat guru pembimbing, Kak Nor & Kak Syikin memang terbaik !! Hehe. Kalau ada umur yang panjang boleh la ketemu lagi ye. Ngee.
Hesh. Anak-anak murid saya yang comel, kiut, macho, cantik, lawo dari kelas 1 Dedication, 1 Creative, 3 Brilliant, 3 Creative, 5 Brilliant dan 5 Creative. Teacher rindu laa. Hik3. Terima kasih banyak-banyak dah bagi kerjasama kat teacher sepanjang 2 bulan ni. Teacher gembira dapat ajar kamu-kamu semua. Ngeh2. Buat yang nakal-nakal tu, memang kena bebel la jawabnya. Sorry, saya cikgu kuat bebel !
Err. Tetiba teringat setiap hari Ahad masa perhimpunan pagi. Saya dengan erot akan terkekek-kekek gelakkan budak darjah 1 yang semangat nyanyi lagu sekolah. Fuuuuu. Teruja betul diaorang nyanyi. Suka je tengok. Dah la kecik, comel pulak tu. Geram nak cubit-cubit jeee.
SK Gelugor bergerak maju,
Menuju arah wawasan,
Marilah kita bersama-sama,
Memburu cita-cita.
Bersatu membina nusa nan jaya,
Berpadu Berbakti Berjasa,
Langkah seiring maju ke depan,
Cemerlang sekolah kita.
SK Gelugor bergerak maju,
Menuju arah wawasan,
Marilah kita bersama-sama,
Memburu cita-cita.
Buat murid-murid SK Gelugor , wish you all da best. Yeah.
Till we meet again my dear pupils :]
That's all. Daa. :]
No comments:
Post a Comment