Assalamualaikum w.b.t
Herm. Tajuk omputeh lagi. Haha. P.E.R.F.E.C.T. ialah sempurna. Err. S.E.M.P.U.R.N.A ialah perfect. Apa sebenarnya saya nak cakap ni. Huh! Melalut saje. Lalalala~
Manusia tak perfect. Saya ialah manusia. Jadi, saya tak perfect. Ngeh2. Like those says, TO ERR IS HUMAN. So, if you think you're perfect enough. Then, live alone in this world lah because you do not need other people. Herm, manusia memang tak perfect. Lebih-lebih lagi manusia biasa macam kita ni. So, kat dalam dunia ni ALLAH s.w.t dah tetapkan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, sebab tulah kita menjadi saling memerlukan untuk menutup segala kekurangan yang ada. Kata orang, kelebihan disyukuri, kekurangan diredhai. Bersyukurlah dengan apa yang telah dianugerahkan kepada kita.
Kalau dah ada kekurangan tu pulak jangan la asyik nak salahkan diri sendiri. Berbaliklah kepada yang Maha Esa kerana kita semua dijadikan olehNya. Everything happens for a reason. Kalau rasa diri ni miskin. Tak ada duit. Mesti ada sebab musababnya. Fikir mestilah jauh. Fikir kenapa kita dijadikan macam tu, bukan asyik nak salahkan qada' dan qadar je. Kekayaan, kecantikan, kesenangan tu semua ujian. Ia bergantung kepada bagaimana seseorang individu menggunakan kelebihan yang diberikan. Jika tersalah langkah, habislah binasa. Mempunyai kesenangan yang melampau pun boleh menimbulkan riak jika tidak mempunyai iman yang teguh. Ada je orang bila dah kaya, lupa diri lupa pencipta. Tapi ada juga orang yang gunakan kelebihan yang Allah berikan dengan baik. Sentiasa bersedekah ke jalan Allah.
Orang yang hebat juga tidak sempurna. Contohnya ahli agama yang hebat akan berbicara dengan bagus sekali dalam bidang agama tetapi mungkin tidak dalam ilmu-ilmu lain. Orang yang terlalu mengejar kesempurnaan akan sentiasa mengeluh dalam hidup mereka. Adalah sangat penting untuk menerima kekurangan diri dan orang lain. Oleh itu, berusahalah menjadi lebih baik setakat batas kemampuan manusia. Hati akan menjadi lebih tenang. InsyaALLAH. ^^
That's all. Adi0s!
Mode : Sedang berfikir-fikir seorang diri. Ngee. ^^
:)
ReplyDeletehuhu :)
Delete