Assalamualaikum......
A : Wahh. cantiknya dia. Tengok la cepat. Cantik kan??
B : Biasa je. Tak adalah cantik sangat pun.
Huhu. Dialog macam ni memang selalu sangat kita dengar kan.
Kadang-kadang masa makan dekat kedai , mata melilau-lilau perhatikan orang.
Memang sudah menjadi lumrah manusia mencintai sesuatu yang cantik.
Am I right ?? =)
Herm, kalau setakat membandingkan kecantikan luaran tu
memang biasa sangat sekarang ni.
Tapi kenapa tak nak bandingkan kecantikan dalaman.
Itu lebih baik.
Sebenarnya kecantikan itu sangat berbeza di mata-mata orang.
Mungkin dia sangat indah di mata saya tetapi mungkin tidak di mata orang lain.
Itu masing-masing punya pendapat.
~
~
:: Kecantikan itu subjektif ::
Cantik tidak semestinya dinilai dengan kecatikan paras rupa tetapi juga boleh diukur dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna serta cara kita membawa diri. Apa yang penting, kenali kecantikan semula jadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya. Biarlah rupa paras tidak cantik, asalkan peribadi dan akhlak kita cantik. Kalau cantik tapi buruk perangai apa guna kan. Huhu. Jika mengharapkan sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan pernah mengenali erti bersyukur, Jadi, bersyukurlah dengan apa yang telah ditentukan oleh Nya.
Everything happens for a reason. =)
Cantik di dunia tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak.
Cantiklah untuk DIA , maka segalanya akan menjadi cantik.
p/s : Renung-renungkan dan selamat beramal ^^
pd pndgn-NYA, kita cntik slagi kita mnurut printah-NYA dn tggalkn larangn-NYA
ReplyDeletecantiklah utk DIA, maka semuany akn mnjd cantik ;)
Yup. Itulah kecantikan yang sebenarnya. Thanks for the comment.
ReplyDelete