Assalamualaikum,
Huh. Rasa macam dah lama tak update belog. Heee. Nama je cuti, tapi sibuk layan mak cik, pak cik dan sepupu yang datang berkunjung dan ada yang bermalam di rumah. Takkan lah ada tetamu tapi nak jadi tunggul dalam bilik ngadap laptop pulak kan. Ish.Ish. Tak patut tak patut. Hehe. Huh meriah betul rasanya cuti kali ni. Bila saudara mara datang bertandang, riuh satu rumah jadinya. Tambah pula isi rumah saya yang sedia ada dah ramai . Hoho. Seronak betul. Time makan paling syok, makan ramai-ramai. Wahh, makin berselera bila makan ramai-ramai. Tak kisah lah kalau lauk ala kadar je pun. =)
Eh, hari ni sebenarnya nak cerita pasal benda lain. Bila masuk bab cuti, macam banyak je nak bercerita ye. Laju je jari-jemari menekan keyboard laptop ni hah. Huhu.
Ok lah. Back to the main point. Nak cito cerita pasal satu situasi. Situasi yang kerap juga terjadi kepada saya. Mungkin juga terjadi kepada anda. Hehe. Mungkin..... Dulu macam tak ambil kisah sangat pun pasal benda ni, tapi bila fikir-fikir balik. erghh, annoying juga la kalau buat camtu. Heh~
Situasi yang bertempat di kedai buku, si A ternampak kenalannya si B membelek-belek buku....
Si A : Hai datang beli buku ke ? *senyum-senyum*
Si B : Eh. Tak lah beli ikan. Tak nampak ke. Huh.
Si A : @#$%^! Erk. Tanya pun tak boleh ke. Marah pulak.
Herm, bagi si B mungkin si A ni menjengkelkan sebab dah nampak orang tengah belek-belek buku kat kedai buku tapi still juga nak tanya beli buku ke tak. Sebab itulah, ada je keluar jawapan beli ikan lah, beli bajulah dalam kedai buku. Huh. Masa sekolah dulu, saya pun ada fikir camni tapi sekarang ni dah matang sikit. Haha. Mentaliti pun dah berubah.
Saya rasa si A tidak berniat untuk bertanya soalan camtu. Mungkin beliau sedang mencari modal untuk memulakan perbualan. Kalu tak tegur, orang kata sombong pula kan. Tapi si B ni pula yang tidak menghargai usaha murni si A. Hohoho. Apa salah nya layan kan je apa yang ditanya si A. Betul tak? Tak susah pun rasanya nak jawab soalan tu. Huhu. =) Mungkin starting perbualan tu akan merapatkan hubungan silaturrahim antara mereka. Dalam situasi sebegini, kita mesti pandai handle situasi dalam menjaga hubungan. Mungkin juga niat si B nak bergurau tapi fikir juga lah perasaan orang. Hui,sentap juga jawapan si B tu kan. Maybe ada yang tak ambil kisah. Tapi rambut sama hitam, hati lain-lain. So, nak selamat, jagalah pertuturan semasa bertegur sapa dengan teman-teman atau sesiapa sahaja.
Peringatan buat semua dan diri sendiri.
Together we make difference.
Adios !!
No comments:
Post a Comment