Saturday, 23 June 2012

~ Praktikum


Assalamualaikum,

Wuwowaaaa. Bosan tahap gaban dah ni. Tak tahu nak buat apa. Buka facebook pun tak ada apa-apa yang menarik. Heh. Itulah manusia. Bila busy merungut. Bila free pun merungut. Hehe. Bersyukur la sikit. Orang lain tak cukup masa nak kena kejar sehari-hari sampaikan tak ada masa nak berehat. Consider je ni sebagai waktu rehat. Nanti akan busy dengan assignments yang melambak dan praktikum pulak kan.Hee. 


Sebut pasal praktikum, rasa seram pulak. Huhu. Sekolah praktikum pun dah dapat. Erm. Dapat Sekolah Kebangsaan Gelugor. Tak tahulah ok ke tak sekolah ni. Harap-harap ok sebab kawan kelas ada yang praktikum kat sekolah ni semester lepas. Dia cakap sekolah ni bagus dan cikgu-cikgu kat situ semuanya best2. Harap-harap macam tu la. Keh2 :) Lagi sebulan dah nak praktikum. Waaa. Dah tak lama dah. Malasnya nak buat ABM tiap-tiap hari. Tambah pula cuak nak kena diselia pensyarah dan guru pembimbing. Dah la saya ni jenis yang cepat nervous. Ekeke :]

Tapi dah ada sedikit pengalaman masa praktikum 1. So, penambahbaikan harus dilakukan supaya pengajaran menjadi lebih baik. Cewahh. Fighting! :D Praktikum kali ni jatuh pada bulan puasa. Mungkin penat la sikit berbanding praktikum sebelumnya. Huhu. Harap semuanya dipermudahkan olehNYA. Amin :)


p/s : I have to be mentally and physically prepared for the next practicum. ^^,

Adi0s !!


No comments:

Post a Comment