Thursday, 19 September 2013

~ I'm free. Yeah


Assalamualaikum w.b.t,

Fuhh fuhh fuhh. Memang bersawang sangat blog ni. Dah berapa bulan aku tak update apa-apa. Pemalas sungguh cik empunya belog ni. Hihi. Well actually, baru-baru ni kitorang satu batch memang tersangatlah bizi dengan segala esaimen, tesis, dan viva seminar penyelidikan. Haa. Tahu tak viva tu apa? Meh cheq nak habaq. Viva ni  sebenarnya merupakan perkataan Latin yang memabawa maksud  "thesis defence".

Emm. Waktu ni lah yang paling mendebarkan sebab masa pembentangan kita punya kajian, kita akan ditanya dengan pelbagai soalan. So, in order to defense our research kena pandailah jawab soalan-soalan tu. Kalau tak, memang kena hentam kuat-kuat lah kat situ. Hahahaha. Hari tu pun entah pape je aku jawab masa panel penilai tanya. Bantai saje. Yang penting sekali, I'm free. Yeah I'm free. Alhamdulillah, lagi dua bulan tamatlah pengajian aku di IPG ni. Huuu. Tak tahu rasa apa. Gembira plus sedih at the same time. 

Memang lame dah rasenya tak mengarut kat sini. Tengoklah. Last sekali update pasal puasa. Gambar raya pun aku tak update. Isk Isk. Menyedihkan betul. Hahaha. Nahhhh selit gambo raye dua tige keping. Huhu. Bulan Syawal dah habis, bru nak up gambo. Keh keh.

Ni konon pra-raya. Haha

Hari Raya kelima rasenye baru dapat amek gambar family

Over over. Hahaha.

Oke dah habis cerita raya. Hihi. Back to cerita viva. Aku rasa aku sangat kelakar waktu bentang hari tuh. Ada ke patut aku terlupa bagi salinan slaid pembentangan kat panel penilai. Perasan pulak masa dah habis bentang, panel tanya aku "Awak tak ada sediakan salinan slaid eh?". Aku apa lagi gelabah lah cari copy slaid tuh then cepat-cepat bagi kat panel penilai. Tapi macam dah terlambat la sebab sepatutnya mereka tengok salinan mase aku tengah bentang. Huu. Aku rasa satu bilik bentang tuh gelakkan aku. Neves sangat sampai benda penting pun boleh lupa. Haih. Berat nanang. 

Dah selesai bentang, aku pun dihujani dengan pertanyaan-pertanyaan yang agak sentap juga la bagi aku. Tapi standard la, namanya pun dah thesis defence. Defense lah sebaik mungkin. Hihi. Tapi aku rase jawapan aku kurang meyakinkan penilai la. But then, I had done my best. Lantak pi la. Asalkan aku bebas. Nak jadi cerita, semua pembentang bawah penyelia yang sama dengan aku agak kuat jugak la kena hentam hari tu. Huishhh seramm. Dah lah penyelia kitorang tak ada nak back up kitorang. Isk isk. Sedih!! :(

Tapi tak pe lah. Aku redha dengan apa yang berlaku. Pengalaman ni memang aku tak lupa sampai bila-bila. Haha. Orang kata pengalaman mematangkan kita. So, it's time dah la kan untuk aku ubah diri sendiri tengok mana-mana yang boleh diperbaiki dan lakukan perubahan sebaiknya. Hermm. Ni gambar time viva. Satu je pun. Kiki. Credit to photograper la ye. 

Besar kuman je muka yang belakang-belakang tuh. Hihi.

Erm. Tu je lah kot for this comeback. 
Lain kali aku karang benda lain pulak k.
XOXO. PUBLISH !



2 comments:

  1. Tahniah!!! Enjoy dulu dgn kwn2 sbelum final exam.. pasni ssh dah.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay.. mekaseh una. tu la. lepas ni susoh doh la nok jupo. hihi

      Delete