Wednesday, 2 January 2013

~ Ahlan Wasahlan 2013 :]


Assalamualaikum w.b.t,


Ahlan wasahlan tahun 2013 . .  Selamat tinggal 2012 . . 

Banyak suka duka yang telah ditempuhi sepanjang tahun lepas dan semoga ia dapat menjadi pengalaman terindah dan dapat mematangkan diri ni. Ok. Maknanya umur saya dah nak dekat 23 tahun la ye. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Rasanya baru semalam je aku dilahirkan ke dunia ni. Ok ayat tu sangat over. Ngeh3. :P Hey, sedar diri tu sikit. Dah tua dah, jangan duk berlagak muda lagi. Huh. Syukur alhamdulillah masih lagi bernafas dan masih dapat meneruskan hidup. Suka duka 2012 insyaAllah tidak akan dilupakan. 

New year 2013, please be nice to me. May Allah ease everything. Amin :]

Azam tahun baru?? Hermm. Biarlah rahsia. Homhomhom. Ngada- ngada nak berahsia padahal tak fikir lagi azam tahun ni. Hahahaha. Foshooo, it's gonna be tough this year. Final year.Waaa. Takutnya. Bahangnya kian terasa. Sangat banyak benda yang harus diselesaikan tahun ni. Salah satu nya, isi borang posting. Ish ish. Nanti mesti pening nak isi negeri mana. Haiyakkkk. Chill chill. Heh. Lambat lagi tu. *Ayat sedapkan hati. 

Praktikum 3 bulan menunggu. SK Losong, I'm cominggg for yaa kids. Jangan takut-takut ok. Teacher ni baik sangat. Tak garang pun. Wekkk. Naik lift tekan sendiri. Hahaha. Then, nak kena siapkan proposal lagi time praktikum tuh.  Memang serabut la nanti kan. So, sementara ada masa sebelum praktikum ni, saya mahu enjoy je. Hoyeah.

Ermm. Tukar topik lain jap. Berita hangat. Anak manja umi dah duduk asrama. Huuu. Everything by himself. Haha. Hesh budak tu, buat kakak ni risau aje. Tak pernah berdikari lah katakan. Tup tup duduk asrama. Hope everything will be fine for him. Semoga adik jadi lebih matang. Heee. :]

Ok lah got to go. Nak tengok cerita korea. Lalalala. 
Assalamualaikum semua :D


No comments:

Post a Comment