Tuesday, 3 July 2012

~ Ergh jerawat !

Assalamualaikum,

Eh. Kenapa tiba-tiba post entry pasal jerawat pulak nih. Hehe. Actually, 3 biji jerawat telah tumbuh dengan jayanya kat muka I. Err. Sakit woo. Tapi jerawat nih perkara biasa. Sering terjadi dalam kalangan remaja, namun juga terjadi dalam kalangan orang dewasa. Err. Saya kategori remaja la ye. Haha. *bajetmuda*

Jerawat atau nama saintifiknya "Acne Vulgaris" merupakan satu fenomena biological yang terjadi kepada kulit akibat masalah keradangan tisu pada bahagian kalenjar minyak dikulit manusia. Pheww. 

Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana jerawat boleh terbentuk. Herm. Mai ceq nak habaq kat hang-hang suma. Jerawat terjadi bila kalenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada dan belakang. Huuu. Muka saya memang kuat berminyak. Kengkadang naik rimas jugak. Even guna pencuci muka kawalan minyak pun tak berkesan sangat. =.="

Jerawat biasanya akan tumbuh apabila kita meningkat remaja kerana faktor hormon (akil baligh). Jerawat juga akan tumbuh apabila kita tertekan atau stress. Seterusnya, penggunaan kosmetik yang menutup liang minyak dan kulit yang terdedah kepada asap dan bahan kimia juga boleh menyebabkan jerawat. Ada juga yang berjerawat kerana alah terhadap sesuatu makanan. 

Herm. Masalah jerawat yang serius juga boleh menyebabkan kurangnya keyakinan diri, kemurungan dan malu untuk bergaul dengan orang lain. Tapi jangan risau sebab sekarang ni banyak cara nak hilangkan jerawat. 

Antaranya ialah guna pencuci muka yang sesuai dengan kulit untuk hilangkan kulit. Berhati-hati bila pilih pencuci muka dan barang mekap. Jangan main redah je pakai barang mekap sebab jerawat boleh jadi makin teruk kalau tak kena dengan mekap yang dipakai. Seterusnya, jaga pemakanan. Kurangkan makanan berminyak. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan. The most important thing ialah jangan PICIT JERAWAT. Haha. Yang ni saya paling suka buat. Huhu. Pantang ada jerawat sikit. Sibuk nak picit-picit. Hehe. Last but not least, jangan lupa basuh mekap sebelum tidur. Yelah, kalau dah letak mekap tebal 2 inci. Takkan tak nak basuh kot. Hak2 :] Bagi yang mempunyai masalah yang serius, biasanya akan memerlukan bantuan daripada pakar.

*dont do this at home*

That's all. Adi0s pe0ple !

p/s : Cepat la hilang jerawat kat muka ^^ 


No comments:

Post a Comment