Friday, 8 November 2013

~ dan sebenarnya


Assalamualaikum w.b.t.

Hai. Hai. Hai. Sekarang ni I tengah exam. Ni ada gap 5 hari. So, gunalah waktu sebaiknya. Kahkah. Kengkadang aku lalu je kat belog busuk ni. Tapi tak dak idea nak tulis mende. Jadi aku just scroll down tengok-tengok update orang lain. Kalau rajin, baca. Kalau malas, tutup balik. Haha. 

Sebenarnya tadi aku ada bukak pesbuk. Kat news feed tu, kawan-kawan satu batch dah buat ayat sedih nak tinggalkan IPG. Huuu. Aku pun sedih jugak nak tinggalkan IPG. The place, the people here. I'm gonna miss them. Kurang seminggu lagi kat sini. Oh tuhan. Sudah bersediakah aku untuk berpisah dengan mereka yang telah bersamaku suka dan duka selama lima tahun setengah ni. Aku harap lepas dah posting nanti kami masih berjodoh dan boleh contact satu sama lain. Aku ni dah la jenis tak keluar rumah sangat. Kawan-kawan kat sekolah dulu pun memang jarang jumpa. Hukhuk. Sedih dengan diri sendiri. Sobs

Lama kot 5 tahun setengah. Macam-macam kerja gila aku buat dengan kawan-kawan aku kat sini. Kami sangat gila. I mean "gila-gila". Tak pernah nak care orang lain. Daripada panjat pagar playground telltrac, gelak tak tentu hala, usha anak ikan sana sini. Semua kitaorang buat. Wakakaka. Tapi yang usha tu bukan aku yang buat. Kahkah. Tapi itu semua kenangan. Nanti dah tua-tua adalah modal aku nak sengih sorang-sorang. Ngeh3. 

Bila dah habis belajar, kiranya tak lama lagi dah nak jadi guru sebenar. Cuak oii. Tapi takpe. Aku yakin dengan rancangan Yang Maha Kuasa. Allah knows the best for me. Tapi aku harap lah aku tak berjauhan dengan famili. Duk kat tanah Semenanjung pun jadi lah. Takde la rasa haru biru sangat. Kihkih. Senior batch lepas ramai yang dapat Sabah Sarawak. Tapi kalau rezeki aku kat sana. Why not kan. Tapi aku risau dengan umi aku. Dia duk sorang nanti. Adik-adik aku  bakal duk asrama and sambung belajar waktu tu. Aku pernah suruh umi berhenti jadi cikgu and duduk dengan aku. Haha. Gila tak? Pastu dia gelakkan je. Orang serius nii. Tapi dia pun ada komitmen juga kat sini. Tak kan mudah-mudah gitu je nak resign jadi cikgu. 

Oke dah. Adios. XOXO :D. 

Wednesday, 9 October 2013

~ Tak sabar


Assalamualaikum w.b.t,

Sekarang aku tak sabar nak habiskan beberapa perkara dalam hidup aku :-
Mari kita buat list sikit. 

Pertamanya ialah kursus gigi. Bukannya aku tak suka tapi saje je aku ni kan jenis malas nak pegi event-event yang berupa seminar bengkel and watsoeva tuh. Haha. Teruk betul. Tapi part bagi ceramah pasal gigi ni menarik jugak la untuk didengar. Kalau sehari tak ada la aku rasa macam ni. Tapi ni sampai 3 hari. Tetibe je aku rasa tak sabar nak habiskan kursus ni cepat-cepat. Harapnya gigi aku lebih terjaga dan bersih la ye after this kursus. Haha. :P

Keduanya, pasal tesis. Dari tadi duk buat, duk edit. Perasaan berkobar-kobar nak print. Tapi bila dah siap semua. Krik krik krik . Takut pulak nak print. Bukannya apa aku ni kurang keyakinan sikit. Kalau aku sorang ja print nanti kalau salah aku jugak yang susah. So, lagi baik print beramai-ramai. Aku memang dah tak sabar dah nak submit segala benda alah ni. Harapnya dapatlah bagi yang terbaik kan?

Ketiganya, aku memang tak sabar nak balik rumah untuk raya aidiladha. Haha. Waktu tu tesis dah selamat hantar. Memang perkataan tesis dah tak ada dah dalam benak fikiran aku. Hehe. Waaaa. Tak sabarnya. Padahal 2 minggu sekali balik rumah. Tapi yang ni lain. Kakak2 n adik2 semua balik. Tu yang terlebih eksaited sikit. Hihi. Tak sabar tak sabar tak sabar. 

Keempatnya, aku memang tak sabar nak habiskan pengajian. Sebabnya 5 tahun setengah ni dah cukup lama untuk aku. Hahahaha. Malas betul nak belajar. Kawan-kawan aku ada bercita-cita nak sambung belajar master atau phD. Sangat rajin kan mereka. Aku? Tak tahu lah. InsyaAllah bila cita-cita tu ada. Segalanya mungkin. Mana tahu kau jumpa aku 15 tahun akan datang, aku dah bergelar doktor. Fuyyo fuyyo. Hahaha. Sekarang ni tunggu periksa je. Pastu habis. Balik rumah tanam anggur. Hikhik.

Okelah. Daaaa. XOXO. Publish. 


Thursday, 19 September 2013

~ I'm free. Yeah


Assalamualaikum w.b.t,

Fuhh fuhh fuhh. Memang bersawang sangat blog ni. Dah berapa bulan aku tak update apa-apa. Pemalas sungguh cik empunya belog ni. Hihi. Well actually, baru-baru ni kitorang satu batch memang tersangatlah bizi dengan segala esaimen, tesis, dan viva seminar penyelidikan. Haa. Tahu tak viva tu apa? Meh cheq nak habaq. Viva ni  sebenarnya merupakan perkataan Latin yang memabawa maksud  "thesis defence".

Emm. Waktu ni lah yang paling mendebarkan sebab masa pembentangan kita punya kajian, kita akan ditanya dengan pelbagai soalan. So, in order to defense our research kena pandailah jawab soalan-soalan tu. Kalau tak, memang kena hentam kuat-kuat lah kat situ. Hahahaha. Hari tu pun entah pape je aku jawab masa panel penilai tanya. Bantai saje. Yang penting sekali, I'm free. Yeah I'm free. Alhamdulillah, lagi dua bulan tamatlah pengajian aku di IPG ni. Huuu. Tak tahu rasa apa. Gembira plus sedih at the same time. 

Memang lame dah rasenya tak mengarut kat sini. Tengoklah. Last sekali update pasal puasa. Gambar raya pun aku tak update. Isk Isk. Menyedihkan betul. Hahaha. Nahhhh selit gambo raye dua tige keping. Huhu. Bulan Syawal dah habis, bru nak up gambo. Keh keh.

Ni konon pra-raya. Haha

Hari Raya kelima rasenye baru dapat amek gambar family

Over over. Hahaha.

Oke dah habis cerita raya. Hihi. Back to cerita viva. Aku rasa aku sangat kelakar waktu bentang hari tuh. Ada ke patut aku terlupa bagi salinan slaid pembentangan kat panel penilai. Perasan pulak masa dah habis bentang, panel tanya aku "Awak tak ada sediakan salinan slaid eh?". Aku apa lagi gelabah lah cari copy slaid tuh then cepat-cepat bagi kat panel penilai. Tapi macam dah terlambat la sebab sepatutnya mereka tengok salinan mase aku tengah bentang. Huu. Aku rasa satu bilik bentang tuh gelakkan aku. Neves sangat sampai benda penting pun boleh lupa. Haih. Berat nanang. 

Dah selesai bentang, aku pun dihujani dengan pertanyaan-pertanyaan yang agak sentap juga la bagi aku. Tapi standard la, namanya pun dah thesis defence. Defense lah sebaik mungkin. Hihi. Tapi aku rase jawapan aku kurang meyakinkan penilai la. But then, I had done my best. Lantak pi la. Asalkan aku bebas. Nak jadi cerita, semua pembentang bawah penyelia yang sama dengan aku agak kuat jugak la kena hentam hari tu. Huishhh seramm. Dah lah penyelia kitorang tak ada nak back up kitorang. Isk isk. Sedih!! :(

Tapi tak pe lah. Aku redha dengan apa yang berlaku. Pengalaman ni memang aku tak lupa sampai bila-bila. Haha. Orang kata pengalaman mematangkan kita. So, it's time dah la kan untuk aku ubah diri sendiri tengok mana-mana yang boleh diperbaiki dan lakukan perubahan sebaiknya. Hermm. Ni gambar time viva. Satu je pun. Kiki. Credit to photograper la ye. 

Besar kuman je muka yang belakang-belakang tuh. Hihi.

Erm. Tu je lah kot for this comeback. 
Lain kali aku karang benda lain pulak k.
XOXO. PUBLISH !