Sunday, 12 August 2012

~ One year older ! Yeah!

Assalamualaikum  w.b.t,

11.08.2012


Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me, AINUL AFIQAH,
Happy birthday to me!

Yeay, da besar!!

Ish ish, kesian dia nyanyi sorang-sorang. Keh3. Hari ni genaplah saya berumur 22 tahun. Semoga saya menjadi manusia yang lebih baik dan matang di hari-hari mendatang. Semoga menjadi anak yang baik untuk umi, kakak yang baik untuk adik-adik, adik yang baik untuk kakak-kakak dan kawan yang baik untuk kawan-kawan. Yosh. :]

p/s : Moge lebih matang daripada biasa. boo! haha^^

Monday, 6 August 2012

~ Perfect0 !

Assalamualaikum w.b.t

Herm. Tajuk omputeh lagi. Haha. P.E.R.F.E.C.T. ialah sempurna. Err. S.E.M.P.U.R.N.A ialah perfect. Apa sebenarnya saya nak cakap ni. Huh! Melalut saje. Lalalala~

Manusia tak perfect. Saya ialah manusia. Jadi, saya tak perfect. Ngeh2. Like those says, TO ERR IS HUMAN. So, if you think you're perfect enough. Then, live alone in this world lah because you do not need other people. Herm, manusia memang tak perfect. Lebih-lebih lagi manusia biasa macam kita ni. So, kat dalam dunia ni ALLAH s.w.t dah tetapkan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, sebab tulah kita menjadi saling memerlukan untuk menutup segala kekurangan yang ada. Kata orang, kelebihan disyukuri, kekurangan diredhai. Bersyukurlah dengan apa yang telah dianugerahkan kepada kita.

Kalau dah ada kekurangan tu pulak jangan la asyik nak salahkan diri sendiri. Berbaliklah kepada yang Maha Esa kerana kita semua dijadikan olehNya. Everything happens for a reason. Kalau rasa diri ni miskin. Tak ada duit. Mesti ada sebab musababnya. Fikir mestilah jauh. Fikir kenapa kita dijadikan macam tu, bukan asyik nak salahkan qada' dan qadar je. Kekayaan, kecantikan, kesenangan tu semua ujian. Ia bergantung kepada bagaimana seseorang individu menggunakan kelebihan yang diberikan. Jika tersalah langkah, habislah binasa. Mempunyai kesenangan yang melampau pun boleh menimbulkan riak jika tidak mempunyai iman yang teguh. Ada je orang bila dah kaya, lupa diri lupa pencipta. Tapi ada juga orang yang gunakan kelebihan yang Allah berikan dengan baik. Sentiasa bersedekah ke jalan Allah.

Orang yang hebat juga tidak sempurna. Contohnya ahli agama yang hebat akan berbicara dengan bagus sekali dalam bidang agama tetapi mungkin tidak dalam ilmu-ilmu lain. Orang yang terlalu mengejar kesempurnaan akan sentiasa mengeluh dalam hidup mereka. Adalah sangat penting untuk menerima kekurangan diri dan orang lain. Oleh itu, berusahalah menjadi lebih baik setakat batas kemampuan manusia. Hati akan menjadi lebih tenang. InsyaALLAH. ^^



That's all. Adi0s!
Mode : Sedang berfikir-fikir seorang diri. Ngee. ^^




Friday, 3 August 2012

~ Baju raya oo baju raya..

Assalamualaikum,

Pagi tadi kan ada budak kan dia kena sound dengan Penolong Kanan 1 sebab dia tak pakai baju batik. "Erm, setiap ari Khamis kena pakai baju batik eh. Ada tak?" . Terngiang-ngiang lagi benda tu kat telinga ni. Huhu. Bila dah saya sorang je tak pakai baju batik hari ni , apa lagi terus kena sound la. 

Tapi lantak la, hati sedang gumbira sebab next week cuti dari buat RPH yang melambak-lambak. Budak-budak semua ada exam jadi saya free untuk seminggu. Minggu depan saya cume jaga periksa je lah. Yabedabedu! Ngeh2. Huh. Kalau dah pemalas tu memang pemalas jugak la. Huhu. Lecturer pun tak de datang observe lagi, jadi beware la ye. Bila-bila masa je beliau boleh datang. 

Herm. Tadi keluar pergi makan "chicken chop" kat waterfront. Saje ngade-ngade nak makan sebab sorang kawan ni dah craving sangat nak makan bende tu. Kita tumpang lah sekaki. Hehe. Puas hati dapat makan. Tapi agak muak la nak habiskan. Err. 

Dah siap makan kitaorang pun keluar la jenjalan kat bandar Kuala Terengganu. Berhenti la dekat kedai-kedai jual baju raya sambil-sambil nak cari baju batik untuk pakai hari Khamis. Ngeh2. Jalan punya jalan tak de satu pun yang berkenan. Jalan lagi pastu stop la kat satu kedai ni. Baju tu warna biru hijau, cantik! waaaa, tapi besar sangat. Huwaa. Tanya kat mak cik kedai, dia kata saiz tu je yang tinggal untuk pattern macam tu. Huu. Sedih saya tak dapat beli baju tu. Bukan senang tau nak cari yang berkenan. Bila dah ada, tak de saiz pulok. Huwaaa! *Lupe dah nak cari baju batik. Haha. Banyak sangat baju raya cantik2 jual kat situ*

Lepas tu,  baliklah dalam keadaan sedikit hampa. Ecece. Hahaha. Tak de sedih sangat aihh. Huhu. Dalam perjalanan balik rumah pulak ada accident kecil terjadi kat belakang kereta kitaorang. Kereta tu terbabas naik atas divider dan langgar pokok kat atas divider tu. Huh. Nasib baik la kereta sempat berhenti, kalau tak ada dua kemungkinan. Samada dia langgar belakang kereta kitaorang atau masuk lane sebelah. Waa. Itu lagi seram. Ish2. Mungkin dia terlebih laju kot sampai tak sempat nak brek. Ish-ish lain kali sila jaga jarak anda ye. Nasib baik la tak jadi pape yang lagi buruk.


Ok bye people!
m00d : ish, rindu orang tersayang. menyesal pulak tak balik.