Saturday, 16 June 2012

~ Bermulalah kisah....


Assalamualaikum,

Bermulalah kisah kehidupan untuk pelajar PISMP Matematik bagi semester 6 yang bakal bermula. Semoga semester 6 yang bakal ditempuh akan menjadikan diri ini lebih baik dan lebih matang. Result semester lepas pun dah keluar. Let it be. Huwaaa. Aku harus melangkah maju ke hadapan namun perlu juga menoleh ke belakang untuk mengambil iktibar dari pengalaman-pengalaman lalu. Mungkin lebih banyak ranjau dan dugaan yang menanti. Semester 6, please be nice to me ok?! Yeah. Semoga anda lebih tabah, Ainul Afiqah! Yosh. : D

That's All.
Chaiyokk..chaiyokk !!!!
^^,

p/s : Let's start a new beginning ^^,


Sunday, 10 June 2012

~ Nak kahwin jugak !!!!


Assalamualaikum,

Aww. Hot gitu tajuk post kali ini. Hang belum ada calon lagi. So, toksah duk pikiaq nak kahwin. Hahahaha. Ni semua sebab banyak sangat kenduri kendara musim cuti ni. Ramai betul orang kahwin ye. Huhu. Tahniah la buat yang telah selamat diijabkabulkan. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Herm, bila nya turn kakak-kakak saya pula ni. Nak anak saudara cepat cepat nih. Tapi jodoh dia tak sampai lagi nak buat macam mana kan. Herm, adik dia je yang tak sabar sangat aihh nak anak saudara. Bukannya apa, saya sangat jealous kalau tengok kawan-kawan dah ada ramai anak saudara yang comel comel kiut miut. Huhu. Nak jugakk ! Soal jodoh, kahwin semuanya kerja yang Maha Kuasa. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Sememangnya ia bukan perkara yang mudah. 

*gambar hiasan dari pok cik google*


Semalam, jiran ada buat kenduri. Ada la pergi tolong sikit-sikit. Huh. Penat uhh nak buat kenduri. Ish. Ish. Penat penat penat. Tengok pun dah penat. Tuan rumah tak tahu lah penat camne kan sebab nak kena fikir macam-macam. Nak kena beli barang kenduri lagi. Tapi nasib baik la, ramai saudara mara and jiran-jiran lain datang tolong. Meriah betul rumah jiran. Riuh rendah. Hehe. Yang paling best, pengantin diarak depan rumah saya. Wooo. Semua intai kat tingkap sebab nak tengok pengantin punya pasal. Wahh. Sama cantik sama padan. Semoga berkekalan ke anak cucu. Hehe. =)

That's all. ADIOS !!


p/s : bila jodoh aku nak sampai ni *thinking*.
booo! haha

~ Fikir-fikirkan -.-"

Assalamualaikum,

Huh. Rasa macam dah lama tak update belog. Heee. Nama je cuti, tapi sibuk layan mak cik, pak cik dan sepupu yang datang berkunjung dan ada yang bermalam di rumah. Takkan lah ada tetamu tapi nak jadi tunggul dalam bilik ngadap laptop pulak kan. Ish.Ish. Tak patut tak patut. Hehe. Huh meriah betul rasanya cuti kali ni. Bila saudara mara datang bertandang, riuh satu rumah jadinya. Tambah pula isi rumah saya yang sedia ada dah ramai . Hoho. Seronak betul. Time makan paling syok, makan ramai-ramai. Wahh, makin berselera bila makan ramai-ramai. Tak kisah lah kalau lauk ala kadar je pun. =)

Eh, hari ni sebenarnya nak cerita pasal benda lain. Bila masuk bab cuti, macam banyak je nak bercerita ye. Laju je jari-jemari menekan keyboard laptop ni hah. Huhu. 

Ok lah. Back to the main point. Nak cito cerita pasal satu situasi. Situasi yang kerap juga terjadi kepada saya. Mungkin juga terjadi kepada anda. Hehe. Mungkin..... Dulu macam tak ambil kisah sangat pun pasal benda ni, tapi bila fikir-fikir balik. erghh, annoying juga la kalau buat camtu. Heh~

Situasi yang bertempat di kedai buku, si A ternampak kenalannya si B membelek-belek buku....

Si A : Hai datang beli buku ke ? *senyum-senyum*
 Si B : Eh. Tak lah beli ikan. Tak nampak ke. Huh. 
 Si A : @#$%^! Erk. Tanya pun tak boleh ke. Marah pulak.

Herm, bagi si B mungkin si A ni menjengkelkan sebab dah nampak orang tengah belek-belek buku kat kedai buku tapi still juga nak tanya beli buku ke tak. Sebab itulah, ada je keluar jawapan beli ikan lah, beli bajulah dalam kedai buku. Huh. Masa sekolah dulu, saya pun ada fikir camni tapi sekarang ni dah matang sikit. Haha. Mentaliti pun dah berubah. 

Saya rasa si A tidak berniat untuk bertanya soalan camtu. Mungkin beliau sedang mencari modal untuk memulakan perbualan. Kalu tak tegur, orang kata sombong pula kan. Tapi si B ni pula yang tidak menghargai usaha murni si A. Hohoho. Apa salah nya layan kan je apa yang ditanya si A. Betul tak? Tak susah pun rasanya nak jawab soalan tu. Huhu. =) Mungkin starting perbualan tu akan merapatkan hubungan silaturrahim antara mereka. Dalam situasi sebegini, kita mesti pandai handle situasi dalam menjaga hubungan. Mungkin juga niat si B nak bergurau tapi fikir juga lah perasaan orang. Hui,sentap juga jawapan si B tu kan. Maybe ada yang tak ambil kisah. Tapi rambut sama hitam, hati lain-lain. So, nak selamat, jagalah pertuturan semasa bertegur sapa dengan teman-teman atau sesiapa sahaja. 

Peringatan buat semua dan diri sendiri.
Together we make difference. 
Adios !!