Friday, 13 December 2013

~ muhasabah diri


Assalamualaikum w.b.t.

Hola peeps. Apa khabar iman kita hari ini. Diharap sihat selalu. Bukan kesihatan je kita kena jaga ye. Iman pun kena jaga jugak. Hihi ;) Alhamdulillah. Just another day alive. Bersyukur sangat-sangat Allah masih memberikan kita kesempatan untuk hidup. 

Setiap hari kita diuji dengan pelbagai ujian. Keluhan, kemarahan perkara biasa. Tak tuding jari kat orang lah. Aku sendiri pon kadang kadang tumbang dengan emosi sendiri. Kadang kadang kita lupa. Alpa. Begitu banyak nikmat yang diberikan. Tetapi kenapa masih payah mengucapkan syukur. Allah. Dapat sedikit ujian. Hati gusar tak tentu hala. Mengingatkan hal duniawi semata-mata. Hal ukhrawi berciciran entah ke mana. Astaghfirullah.

Ya Allah. Kuatkanlah hati-hati kami. Sesungguhnya Engkau tidak menguji hambaMu lebih dari kemampuannya. 

EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON.
Hikmahnya pasti ada.
Allah sebaik-baik perancang :D






Sunday, 8 December 2013

~ testing


Assalamualaikum w.b.t,

Ni first entry pakai fon. Hihi. Jangan gelakkan aku. Aku tahu aku ni buta sikit guna smart fon bagai ni. Tapi tak pe. Benda boleh belajar. Lama lama pandai lah sendiri. Haha. I happy ni. Oh yeahh. Oklah cukup lah. Nak testing je pun tadi. Haha.

Ok lah. Nak pegi study spp pulak.
XOXO :D


Saturday, 16 November 2013

~ The E.N.D


Assalamualaikum w.b.t,

It was just another entry from me. Dari haritu lagi aku duk cerita pasal nak berpisah dengan kawan-kawan. And today was the day. Hari perpisahan, farewell day. Serius sedih gila. Sampai teresak-esak aku nangis. Hati tisu betul. Aku tak tahu kenapa air mata laju je keluar. Boleh tahan mudah nangis aku ni. Hakhak. Itu maknanya aku betul-betul sayang diaorang lah kan. Hee. Yeah. I love them very much. I hope our friendship will last forever. Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku. Kawan "menggila" aku. 

Lima tahun setengah, banyak betul memori tercipta. Thanks for everything. Sorry for anything. Hidup lima tahun setengah kat IPG  dah ajar aku banyak benda. Aku bersyukur aku ditempatkan di IPGKDRI masa daftar jadi cikgu dulu. Kalau tak mesti aku tak berpeluang kenal dengan kawan-kawan yang ohsem kat sini. Saat paling aku tak boleh lupa masa hari pendaftaran and first pertemuan aku dengan my bestie Atiqah dan Hamiza. Aku ni pelajar second intake je. So, masa mula-mula dulu aku kawan dengan second intake je la. Kuikui. Si Atiqah ni mula-mula aku jumpa dia, dia macam garang je. Punya lah susah nak senyum. Haha. Macam susah je nak approach dia ni. Tapi sekarang, dia dah jadi kawan baik aku. Banyak tolong aku. Kami agak banyak persamaan. Persamaan yang sangat manis bila dikongsi. Jangan sampai suka lelaki yang sama sudah lerr. Haha. ^^

Si miza pulak lain sikit. Orangnya ceria suka senyum. Pandai cari kawan. Dia orang first tegur aku. Nak harapkan aku, aku ni pemalu sikit. Haha. Si budak miza ni dulu sangat suka tidur dalam kelas. Aku pun kengkadang pelik dengan dia. Macam mana lah boleh mengantuk sampai macam tu sekali. Haha. Nak tergelak pun ada kalau ingat balik :P

Ahh. Tapi itu semua cerita lama masa first masuk maktab dulu. Cerita sekarang ialah kami ada sembilan orang semuanya. Semuanya mathematicians. Kami sangat gila dan satu kepala. Ramai yang bertanya macam mana kami hidup 9 orang satu rumah tapi tak pernah gaduh. Entahlah. Tak reti nak jawab soalan tu. Haha Tipu la kalau cakap takde salah faham langsung. Sikit-sikit tu ada la. Tapi pandai-pandai la settle sendiri. Dah besar kan. Masing-masing harus tahu lah macam mana nak jaga hubungan. Yang jadi gaduh tu kadang-kadang sebab batu api atau memang nak cari pasal. Kot? Hahahaha. Bajet tahu je. Kuikui.

Itu semua kenangan di IPGKDRI.


Different places give different people. Aku harap aku jumpa orang-orang baik macam diorang lepas ni. 

Oklah. Tu je untuk entry perpisahan. 
XOXO :D