Thursday, 10 May 2012

~S.T.A.L.K.E.R !

SELAMAT PAGI !!!

Wahh. Pagi-pagi dah semangat ON lappy laptop.
Huhu. *See the leg la.

Hari ni kita cakap sikit pasal stalker. Stalker di mana-mana. Di laman-laman sosial seperti facebook dll, stalker akan sentiasa ada. Betul dak? Kalau bab-bab stalking ni, uish budak kecik memang suka sangat laaa. woo.w00. Lagi-lagi kalau dah bosan sangat ber'facebook' lama-lama. Apa lagi?  Mulalah tangan gatal nak buka profil orang. Kawan-kawan, cikgu lama , pak we lama , artis dan macam-macam lah. Kat luar sana pun mesti ramai juga yang suka stalk kan. Haaa. Baik ngaku cepat! Haha. Biasanya kita akan stalk orang yang kita suka or minat or femes.. Betul ker?? Tettttt. Haha. Kadang-kadang tu sampai berangkai-rangkai sebab nak stalk ramai orang. Mula-mula nak stalk si A, tiba-tiba ternampak pulak si B kat dalam gambar si A. Haa, apa lagi buka la pulak profil si B. Ish2. Sampai macam tu sekali. Tapi benda tu biasa kalau nak stalk2 orang ni. Haha. Teruk teruk. : P


Patut ke stalk orang ni?? Hermm..*let me think first... Tak salah nak stalk orang tapi berpada-pada lah. Jangan terOVER pulak jaga tepi kain orang sampai tepi kain sendiri pun tak terjaga kan. Tak kan lah pagi petang siang malam duk stalk orang. Macam dah tak ada kerja lain je. Kes yang cam gini memang tak patut dibuat.

One thing so true about stalker... THEY CARE...

That's all for today.
ADIOS!!

Remark : Hari ni nak siapkan latihan linear algebra dan baca buku budaya 
& pembelajaran untuk exam. Chaiyok! Fighting! Ho yeahh..... =)





~To Err is Human...

Assalamualaikum...

Entry kali ni bukan ditujukan kepada sesiapa
tetapi hanyalah untuk dijadikan pengajaran dan pedoman bersama.
Semua orang tidak sempurna dan begitu juga saya.
"TO ERR IS HUMAN"
Kalau tak buat salah dalam hidup tu bukan manusia lah kan. :P
*siapa setuju angkat kaki.ngeee.
~
Pernah tak jumpa orang yang rasa dia je yang betul? 
Tipu la kalau cakap tak pernah jumpa kan.
Hermm, dalam dunia ni macam-macam ragam manusia yang ada.
Mungkin  kita tak tahu macam mana persepsi orang dekat kita
tapi sendiri mau ingat la kan. 
Dalam budaya hidup berkelompok atau bermasyarakat,
persefahaman dan saling menghormati tu penting. 
Kadang-kadang merendahkan ego tu perlu untuk menjaga hubungan antara satu sama lain. 
Tak kan la asyik nak ikut kepala dia je kan. Huhu.
Kepala orang lain macam mana pula?
Lagi pun, agama Islam pun ajar kita supaya menjaga hubungan sesama manusia. 
Jadi masing-masing pandai-pandai lah kan. huhu.
Kalau perlu minta maaf atau ucap terima kasih. 
Just SAY IT.
Tak de big deal sangat aih kalau setakat nak sebut dua patah perkataan tu. 
'Nak' dengan 'Tak Nak' je.
Betul dak??
~
~
~
 Sebenarnya, semua ni depend pada orang tu sendiri.
Nak berubah atau tidak. Bukannya apa, lama-lama sangat buat perangai macam tu,
orang sekeliling pun tak tahan juga la kan.
~
~
~
Hermm..ada 2 kemungkinan untuk orang-orang macam ni...
~
~
Pertama, dia tak tahu perangai dia tu menyebabkan ramai yang terasa hati.
So, close friends tolong function sikit bagi nasihat secara berhemah kat dia.
Manalah tahu terbuka hati nak berubah.heeee.=)

ATAU

Kedua, dia tahu perangai dia tak disukai
tapi buat-buat tak tahu dan tak dapat nak ubah diri sendiri.
Err.Tak tahu lah apa penyelesaian untuk kes yang ni.
Doa je la semoga dia cepat berubah. huhu.
peace!

That's all for today.hoho.
***Jadikan sebagai peringatan untuk diri sendiri juga.
Together we make difference~~
ADIOS!

Remark : Oke malam ni saya sangat galak rajin post entry. 
Mimpi manis-manis ye. ^^, 








Wednesday, 9 May 2012

~Alkisah budak malas...=.="

Assalamualaikum..........

Sekarang ni musim exam. ok minggu stadi pun dah lama start.
Semua orang sibuk belajar, cari bahan sana sini 
sebab nak skor dalam exam. tapi budak kecik ni, ke manakah perginya??
jom kita terjun terjahhh !!!! **skodeng sikit apa dia buat*
Tadaaaa !!

**gambar hiasan semata2.haha


Haa. ni dia !!
Ish.Ish.Orang suruh pergi belajar lah bukan buat air lioq liur basi.
Biasanya inilah kerjanya masa musim exam.Selamba betul kan. :P
Ok budak kecik, for this few days, please be RAJIN ye.
exam dah dekat sangat ni. ok bai!

p/s : Anda dilarang MALAS sama sekali. ^^,